Feri ikonik Pulau Kapas tenggelam di Butterworth


  • Massa
  • Rabu, 24 Jul 2024

Pulau Kapas adalah salah satu daripada empat feri yang telah dihentikan operasinya pada 31 Disember 2020.

SEBUAH feri ikonik, Pulau Kapas dilaporkan tenggelam di Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth, Pulau Pinang pada awal pagi Rabu.

Pengurus Besar Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC), Vijayaindiaran R. Visvalingam berkata, usaha telah dilakukan untuk menyelamatkan feri itu tidak berhasil.

BACA LAGI: 'Kami lihat ramai orang bawa senjata', pelajar Malaysia ketakutan kongsi keadaan rusuhan Bangladesh

BACA LAGI: Mahkamah tertinggi PBB akhirnya tak iktiraf pendudukan Israel selama 57 tahun di wilayah Palestin

"Lambung feri itu sudah lama reput dan hakisan berlaku sejak ia ‘diletakkan’ di pelabuhan bermula 2018,” katanya.

Vijayaindiaran berkata, satu mesyuarat akan diadakan pada Rabu (24 Julai) untuk membincangkan sama ada untuk menyelamatkan feri itu atau menghapuskannya sama sekali.

"Tiada penumpang menaiki feri untuk dijadikan restoran kerana kos yang tinggi,” katanya.

Pulau Kapas adalah salah satu daripada empat feri yang telah dihentikan operasinya pada 31 Disember 2020.

Tiga feri lain ialah Pulau Undan, Pulau Paya dan Pulau Talang Talang. The Star/R. SEKARAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram