PROGRAM himpunan motosikal RXZ Members 6.0 yang berlangsung selama dua hari di Litar Pemotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu, berakhir dengan penuh meriah pada Sabtu.
Walaupun program tahunan yang dimulakan sejak 2017 itu dipandang serong segelintir masyarakat, tidak dapat dinafikan ia sebenarnya memberi banyak kelebihan buat Terengganu sendiri, terutamanya dari segi ekonomi.
Seorang pengendali Facebook dengan nama akaun Sabri Mamat turut memberi gambaran positif itu menerusi perkongsian yang dibuat di hantaran media sosial miliknya.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Kebersihan cerminan diri, jangan label semua main motor tak elok'
BACA LAGI: Penunggang dari Ipoh maut di Marang, rakan RXZ mohon bantuan cari Hilux coklat tanpa nombor plat
Ujarnya, program himpunan motosikal RXZ Members 6.0 kali ini dianggarkan menjana pendapatan jutaan ringgit untuk ekonomi negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia itu.
"Ini anggaran purata janaan ekonomi untuk Terengganu dalam dua hari (program melibatkan) RXZ Members.
"Makan dan minum (RM50x tiga hari = RM150), minyak kenderaan (RM50), ole-ole (RM100), barangan cenderamata (RM50) dan penginapan (RM50).
"Jumlah keseluruhan melibatkan (RM400x100,000 peserta = RM40 juta). Ini anggaran sahaja boleh jadi kurang atau lebih. Mungkin tak lari antara RM30 hingga RM50 juta," katanya pada Isnin.
Sabri dalam pada itu turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua peserta yang menyertai program himpunan tersebut kerana kegiatan itu sedikit sebanyak berupaya untuk menyuburkan Terengganu.
"Hadirmu bawa berkat kepada kami. Bunyi bising itu sekejap sahaja. Kita jumpa lagi tahun depan 7.0, kami akan sambut dengan lebih meriah," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram