Pemuda Terengganu kaki masjid, tak tinggal solat 5 waktu menang Vellfire sempena Himpunan Motosikal RXZ


  • Massa
  • Ahad, 15 Sep 2024

Muhaimi (dua dari kanan) diumumkan sebagai penerima hadiah utama dalam program Himpunan Motosikal RXZ Members 6.0, yang berlangsung pada Sabtu.

REZEKI terpijak buat seorang anak muda apabila diumumkan sebagai penerima hadiah utama dalam program Himpunan Motosikal RXZ Members 6.0, yang berlangsung di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu, pada Sabtu.

Pemuda yang dikenali sebagai Muhaimi itu berjaya membawa pulang hadiah utama berupa sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire 2.5L.

Menjengah ke ruangan Facebook, kebanyakannya menyifatkan rezeki tidak disangka-sangka itu juga mungkin sebagai balasan kepada anak muda tersebut yang sering menghadiri majlis ilmu, selain beribadah di rumah ALLAH.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Semoga ALLAH berkati dunia akhirat', peserta Acara RXZ Members 6.0 Terengganu berkumpul imarahkan masjid dan surau

BACA LAGI: Penunggang dari Ipoh maut di Marang, rakan RXZ mohon bantuan cari Hilux coklat tanpa nombor plat

WhatsApp Image 2024-09-15 at 12.37.23 (1)

Kenderaan MPV Toyota Vellfire 2.5L yang dimenangi oleh Muhaimi. — Facebook

Perkara itu turut dikongsikan menerusi satu hantaran di Facebook Ustaz Mohd Shafizi Ismail pada Ahad.

"Rezeki ALLAH nak bagi, anak muda contoh yang selalu datang majlis ilmu dan solat lima waktu di Masjid Al Khauthar, dekat Kampung Padang Maras, Batu Rakit, Kuala Terengganu. Tahniah Muhaimi," tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen juga, tidak putus-putus ucapan tahniah dan doa mengiringi anak jati Terengganu itu.

Turut sama meninggalkan komen, pengendali Facebook dengan nama akaun Pemuda PAS Batu Rakit Sejahtera, yang memberitahu bahawa pemuda tersebut sentiasa dilihat menjadi tetamu ALLAH di Masjid Al Khauthar.

"Tahniah anak muda yang selalu datang masjid, (kalau) datang Masjid Al Khauthar mesti ada dia. Allahuakbar tahniah," ucapnya.

"Alhamdulillah, jaga hubungan dengan pemberi rezeki, berganda ALLAH bagi," ujar Eda Firdaus Hassan pula.

Menurut Solar Man, rezeki memang tidak salah alamat buat Muhaimi yang berjaya membawa pulang hadiah kenderaan mewah itu selepas empat kali cabutan nama dibuat.

"Tiga nama dipanggil (namun tiada yang menyahut), nama terakhir sekali (jatuh kepada) Muhaimi. Alhamdulilah rezeki," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram