Mayat ditemukan lepas 2 hari, lelaki maut disyaki ditikam perompak di Petaling Jaya


  • 112
  • Isnin, 16 Sep 2024

Seorang lelaki maut ditikam berulang kali suspek disyaki cuba merompak kediamannya dekat Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, Selangor. — Gambar hiasan

SATU kes rompakan dilaporkan berlaku membabitkan seorang mangsa lelaki yang maut ditikam di sebuah kediaman apartmen di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Mangsa difahamkan maut selepas ditikam berulang kali oleh individu disyaki cuba merompak rumahnya.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa dipercayai berusia 30-an dikatakan bergelut dengan suspek terbabit berdasarkan keterangan jiran yang terdengar jeritan daripada arah rumah mangsa.

BACA LAGI: Polis jumpa kad sim suspek kes bunuh Nur Farah Kartini

BACA LAGI: Paras air Sungai Trolak naik, pencarian bukti kes Nur Farah Kartini ditangguhkan

"Ada jiran menyatakan terdengar jeritan daripada arah rumah mangsa tetapi jiran tidak menyangkakan sebarang perkara buruk berlaku.

"Selepas mangsa tidak kelihatan selama dua hari, baru orang awam meminta bantuan pihak bomba untuk memecahkan pintu rumah dan menemui lelaki itu," katanya pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kes berkenaan dalam masa terdekat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

MENYUSUL..