SEHARI selepas digemparkan dengan berita perceraian pasangan pelakon, Fazura dan Fattah Amin, anak mereka, Nur Fatima Aisya, 4, mengundang sebak ramai apabila memberikan ucapan istimewa sempena hari lahir bapanya itu.
"Happy birthday Daddy, I love you," katanya menerusi hantaran di laman Instagram @fattzuralovelife pada Sabtu.
Ia sempena ulang tahun Fattah ke-34 dengan anak tunggal kepada pasangan itu turut memberikan kucupan buat Fattah di penghujung video.
Terdahulu, rumah tangga pasangan pelakon Fazura dan Fattah dilaporkan semakin berantakan.
Perkara tersebut bertambah kuat apabila pelakon Gol & Gincu itu memuat naik hantaran InstaStory pada Jumaat, yang jelas menunjukkan dirinya dilanda kesedihan.
"Jika sesuatu yang kau senangi tak terjadi, maka senangilah apa yang terjadi", katanya.
Dalam pada itu, hubungan mereka dikatakan sedang dalam fasa perpisahan apabila Fazura dilaporkan sudah memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor pada Jumaat.
Namun, kedua-duanya masih belum mendedahkan sebarang butiran terperinci berhubung status perkahwinan mereka setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram