Isu pasport, tunggakan cukai antara punca pelancong Malaysia terkandas di pintu sempadan Thailand


  • 112
  • Isnin, 16 Sep 2024

Isu pasport dan tunggakan cukai merupakan antara punca pelancong Malaysia terkandas di sempadan Thailand.

HASRAT pelancong Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand terkandas akibat isu pasport rosak, tunggakan cukai pendapatan, cukai kastam serta kes jenayah lama yang belum diselesaikan.

Pengarah Imigresen Kedah, Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata, masalah itu dikesan melalui data yang diperoleh daripada Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Kedah.

"Terdapat 10 kes melibatkan pasport rosak seperti koyak, air rosak, muka surat hilang dan calar.

"Terdapat juga 20 kes berkaitan tunggakan cukai pendapatan dan sembilan kes melibatkan isu Kastam, menjadikan perjalanan rentas sempadan ini lebih mencabar bagi mereka yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

BACA LAGI: Tempoh sah pasport 10 tahun antara cadangan KDN perlu perhalusi

BACA LAGI: [VIDEO] Imigresen tahan 238 warga asing di Kota Bharu, rakyat dakwa ramai PATI bersembunyi di Tanah Merah

Mohd Ridzwan menasihatkan semua rakyat Malaysia agar menyemak status perjalanan mereka secara dalam talian di portal Sistem Semakan Perjalanan Imigresen (SSPI) bagi mengelak kekecewaan di saat akhir sebelum membuat sebarang perancangan untuk melancong ke luar negara.

"Semakan awal status perjalanan merupakan langkah penting bagi memastikan percutian dirancang tidak terganggu oleh perkara-perkara tidak diingini

"Orang ramai hanya perlu memasukkan nombor MyKad dalam portal SSPI untuk mengetahui sama ada mereka berada dalam senarai sekatan perjalanan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram