Tempoh sah pasport 10 tahun antara cadangan KDN perlu perhalusi


  • Massa
  • Selasa, 28 Nov 2023

Kesesakan di kaunter pengeluaran passport menjadi antara faktor tempoh sah laku perlu dilanjutkan. — Gambar hiasan/The Star

KESATUAN Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) telah mencadangkan agar tempoh sah laku bagi Passport Malaysia Antarabangsa (PMA) dilanjutkan sehingga 10 tahun bagi warganegara dewasa.

Presiden KPISM, Ajeet Singh Gurbax Singh berkata, ia merupakan antara langkah untuk menyelesaikan masalah kesesakan yang sering berlaku di setiap pejabat pengeluar passport di Urban Transformation Centre (UTC).

Katanya, lebih 100 negara dunia telah memperkenalkan pasport antarabangsa berlaku untuk tempoh 10 tahun dn langkah itu menjadi ikutan kebanyakan negara dunia ketiga.

"KPISM mencadangkan pengeluaran PMA bagi tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran yang sewajarnya. Buku pasport dengan muka surat sedia ada boleh digunakan, tetapi hanya tambah tempoh sah laku sahaja.

"Perkara ini akan menjimatkan kos kerajaan di samping menambah hasil negara. Manakala PMA sedia ada untuk tempoh lima tahun dikekalkan dan rakyat mempunyai pilihan.

Screenshot (10)

Tempoh sah laku asal untuk passport adalah selama lima tahun. — The Star

"Kebanyakkan negara dunia meletakkan syarat bahawa mana-mana pasport yang tempohnya sah laku kurang dari enam bulan tidak dibenarkan masuk ke negara tersebut.

"Oleh itu tempoh pasport yang dinikmati oleh seseorang rakyat Malaysia adalah hanya empat tahun enam bulan sahaja," katanya ketika Konvensyen dan Mesyuarat Agung Tri Tahunan di Hotel Ixora, Pulau Pinang dari 23 hingga 25 November 2023 yang turut dihadiri Presiden CUEPACS, Datuk Dr. Adnan Bin Mat.

Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sering membangkitkan perkara itu dan menyarankan agar Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengatasinya dengan segera.

Dalam pada itu, pihak KPISM dikatakan sudah mengambil maklum saranan tersebut secara serius dengan mencari satu penyelesaian muktamad.

Saifuddin berkata, pegawai imigresen yang bertugas di pejabat pengeluar pasport negeri dan cawangan juga terpaksa bertugas tujuh hari seminggu tanpa rehat.

Sementara itu, terdapat beberapa lagi cadangan yang diberikan oleh KPISM termasuk Bayaran Insentif Penguatkuasa (BIP) sebanyak RM 200 kepada pegawai imigresen yang bertugas di Bahagian Penguatkuasa dan Depot Tahanan.

"Selain itu, penggabungan PKISM turut mencadangkan agar skim perkhidmatan imigresen, pengfleksian semua jawatan, pemanjangan elaun dan setia berdiri teguh bersama Kongres Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Awam (CUEPACS). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram