Himpunan RXZ Members 6.0 rekod 3 kes kematian, polis keluarkan 89 saman


  • 112
  • Isnin, 16 Sep 2024

Kemalangan membabitkan peserta himpunan RXZ Members 6.0 di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi pada petang Ahad.

POLIS Terengganu mengesahkan sebanyak tiga kes kematian direkodkan membabitkan peserta program We Are RXZ Members 6.0 yang berlangsung di Terengganu pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata, dua daripada kes kematian itu dicatatkan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) manakala satu kematian melibatkan kemalangan di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Kelulut di daerah Marang, Terengganu.

"Mangsa dikenali sebagai Abdul Salim Mohamed Hashim, 58, dari Batu Gajah, Perak; Mohamad Firdaus Abdul Rashid, 29, dari Jempol, Negeri Sembilan; dan Ahmad Amir Muhamad, 29, dari Temerloh, Pahang," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

BACA LAGI: Jadi lagu tema RXZ Members, 'Langkah Seiringan' gamit memori model Boss Energy tahun 1991

BACA LAGI: [VIDEO] Himpunan ‘RXZ Members’ dilabel ikut iblis, tak ramai sedar ada elemen tarbiah

Tambahnya, polis mengeluarkan sebanyak 89 saman atas pelbagai kesalahan dalam operasi dua hari di sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu.

Menurutnya, kesalahan paling banyak direkodkan ialah pengubahsuaian ekzos, tiada cermin sisi dan aksesori tidak lengkap.

Terdahulu, himpunan RXZ Members 6.0 yang berlangsung selama dua hari bermula 13 September lepas menarik kira-kira 40,000 peserta dari seluruh negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram