Ibu sedih sampai hilang kata-kata, pelajar SMK Subang Bestari akhirnya selamat pulang rumah lepas hampir 24 jam


  • Tular
  • Selasa, 10 Sep 2024

Remaja lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak Isnin malam ditemukan dalam keadaan selamat.

REMAJA lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak Isnin malam ditemukan dalam keadaan selamat.

Perkara itu dimaklumkan ibu remaja berkenaan ketika dihubungi Majoriti pada Selasa.

"Syukur Alhamdulillah sudah dijumpai di rumah kenalannya. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada pihak yang bertungkus lumus membantu mencari anak saya," katanya ringkas.

BACA LAGI: Budak hilang, didakwa kena pukau 2 jam sebelum ditemukan selamat dekat rumah nenek

BACA LAGI: Kanak-kanak ada kolesterol tinggi berpotensi dapat penyakit jantung awal

Menurut wanita yang dikenali sebagai Ainul itu, dia menyedari anak tunggalnya, Ahmad Najmuddin Kamaruszaman tidak pulang ke rumah sejak pukul 10.15 malam Isnin, sebelum ditemukan keesokan harinya.

Difahamkan, remaja terbabit tidak pulang ke rumah kerana bermalam di rumah rakan.

Ainul bagaimanapun enggan mengulas dengan lebih lanjut mengenai kejadian yang berlaku.

Ketika dihubungi, Ainul juga sebak seolah-olah kehilangan kata-kata.

Sebelum ini, tular satu hantaran di laman Facebook memaklumkan mengenai kehilangan seorang remaja lelaki yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subang Bestari, Selangor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram