DALAM tempoh kurang 20 tahun, kita bakal menyaksikan pembinaan laluan baharu yang menghubungkan antara Malaysia dengan Tanah Besar Sumatera, Indonesia.
Perkara itu dimaklumkan pada dua tahun lalu oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri.
Ab Rauf berkata, laluan baharu itu akan dihubungkan melalui Masjid Tanah-Dumai melibatkan jarak kira-kira 120 kilometer (km) dengan kerjasama syarikat swasta.
BACA LAGI: Jangan sampai Fan Bingbing kena 'bimbing' cara buang sampah baru Melaka nak bersih
BACA LAGI: [VIDEO] Remaja maut putus kaki di lebuh raya 'belum siap' di Kok Lanas
"Laluan tersebut sekali gus memberi impak kepada perkembangan ekonomi kedua-dua negara dalam pelbagai sektor khususnya perindustrian dan pelaburan.
"Secara dasarnya kedua-dua negara telah bersetuju untuk perkara ini diperincikan dan langkah awal di peringkat kerajaan negeri Melaka," katanya sambil memberitahu bahawa jarak antara pesisir pantai di Dumai, Indonesia ke Telok Gong, Masjid Tanah hanya sejauh 47km.
Malah ujar beliau, laluan berkonsepkan 'Satu Jalur Satu Jalan' itu akan menjadi ikon baharu kedua-dua negara dan pelbagai prasarana akan turut dibangunkan termasuk kawasan penyuraian trafik dan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS).
Selain itu, antara impak yang berlaku sekiranya pembinaan laluan baharu berkenaan siap dibina termasuk perkembangan dari segi ekonomi.
Pembinaan laluan baharu tersebut diharapkan berupaya merancakkan lagi ekonomi bagi kedua-dua negara dalam pelbagai sektor khususnya perindustrian dan pelaburan.
Bagaimanapun, pembinaan itu juga boleh memberi implikasi buruk kepada negara, antaranya melibatkan peningkatan jumlah kedatangan warga asing di Malaysia.
Meskipun ICQS bakal disediakan, laluan itu akan pastinya akan lebih memudahkan perjalanan masuk rakyat Indonesia ke negara ini.
Justeru, tidak mustahil ada segelintir pihak yang akan cuba mengambil kesempatan untuk menetap melebihi tempoh dan mendapatkan pekerjaan secara haram.
Pembinaan laluan baharu tersebut diharapkan berupaya merancakkan lagi ekonomi bagi kedua-dua negara. — Gambar hiasan/gCaptain.com
Menjengah ke laman sosial, rata-rata warga maya memberikan pelbagai pandangan berhubung pembinaan itu.
Antaranya, pengguna laman X (Twitter) dengan nama akaun @nidarmikah berkata, laluan itu dilihat agak sukar dilaksanakan berikutan Tanah Sumatera berada di kawasan aktif gempa bumi.
"Oleh sebab itu, tiada jambatan yang menghubungkan Tanah Sumatera dengan Tanah Jawa, sedangkan jarak dua pantai hanya 20km (lebih kurang Jambatan Kedua Pulau Pinang)," ujarnya.
Selain itu, seorang lagi pengguna X, @haikalikmal turut menyuarakan kebimbangan susulan kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berisiko mendatangkan lebih banyak kesan negatif kepada negara.
"Sekarang pun kita ada banyak masalah timbul dengan lambakan rakyat Indonesia di sini (Malaysia). Bisnes kita pun banyak dah orang mereka kuasai, jadi kalau jadi benda (laluan) ini, risau tidak terkawal nanti," tulisnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram