CEO tinggalkan dunia korporat, buka kafe basikal atasi kemurungan akibat berjauhan dengan keluarga semasa PKP


  • Bizz
  • Ahad, 08 Sep 2024

Anderson berhasil menemui ketenangan ketika menjalani aktiviti berbasikal.

BERBASIKAL bukan hanya membantu ahli perniagaan, Anderson Joseph Yu Weng Keong mendapatkan bentuk badan yang lebih sihat, tetapi juga telah membantunya mengembalikan perjalanan hidup ke landasan yang benar.

Selain berperanan penting dalam proses penurunan berat badannya sebanyak 15 kilogram (kg) dalam tempoh dua tahun lalu, berbasikal juga membantu Anderson melawan kesunyian, kemurungan dan ketagihan alkohol yang hampir melampau, yang bermula ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada tahun 2020.

Semasa PKP, jelasnya, dia bergelut untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan terpaksa 'berkurung' di dalam rumah, dalam masa sama perlu mengendalikan perniagaannya.

BACA LAGI: [VIDEO] Dari Pantai Timur ke benua Eropah, seni seramik raku anak kelahiran Kuala Kangsar tembusi pasaran global

BACA LAGI: Dari mekanik jadi tauke kopi terkemuka, Muhamad Zamry mahu Richiamo Coffee tembusi pasaran antarabangsa

A 30-year old fully imported Bridgestone bicycle from Japan is among the showpieces at Kayuh CA. — SHEELA CHANDRAN/THE STAR

Basikal Bridgestone berusia 30 tahun yang diimport sepenuhnya dari Jepun antara yang dipamerkan di Kayuhan CA.

"Apatah lagi isteri dan dua anak lelaki saya tinggal di Bangkok, jadi saya agak terasing kerana tidak dapat melawat mereka disebabkan larangan perjalanan," kata Anderson yang menetap di Rawang.

Untuk mengatasi kebosanan, dia menyertai sesi minum alkohol maya tanpa menyedari akibat daripada penglibatan 'happy hour' dalam talian tersebut.

"Saya boleh menghabiskan sebotol wiski dalam dua hari. Sampai ke tahap aktiviti yang lakukan hanyalah makan, tidur dan minum.

"Kemudian, sekitar Jun 2020, saya mulai sedara saya sedang membunuh diri dengan minum secara berlebihan. Kesedaran itu benar-benar mengejutkan saya dan itulah titik perubahan yang membawa saya mengubah gaya hidup saya.

"Saya menemui ketenangan dalam aktiviti berbasikal," jelasnya yang sebelum ini berperanan sebagai ketua pegawai eksekutif di syarikatnya yang berpusat di Kuala Lumpur.

Anderson bersyukur usahanya berjaya mengatasi kemurungan yang dialami. Sehingga hari ini, dia telah mengurangkan pengambilan alkohol dan berbasikal dengan lebih kerap sejauh antara 20 kilometer (km) hingga 100km.

Melihat bagaimana senaman berjaya membantunya, Anderson memutuskan untuk berkongsi pengalamannya dengan individu lain.

Kayuh CA offers full fledge bicycle service, from bike spa (regreasing and components cleaning), detailed servicing to assembling. — ANDERSON YU

Kayuhan CA menawarkan perkhidmatan basikal sepenuhnya, daripada spa basikal (pembersihan semula dan pembersihan komponen), servis terperinci hingga ke pemasangan.

Berikutan itu, pada September 2021, usahawan itu melepaskan kerjaya korporat yang diceburinya selama dua dekad untuk menubuhkan Kayuh CA, sebuah kafe basikal berkonsepkan gaya hidup.

Premis dua tingkat itu terletak di Templers Park, Rawang.

"Sesetengah orang fikir saya gila kerana membuka kafe basikal. Tetapi semasa pandemik, saya banyak merenung diri dan menyedari bahawa diri ini mahu melakukan sesuatu yang memberi kegembiraan kepada saya.

"Pandemik mengajar saya untuk lebih bersyukur dengan sekecil-kecil hal dan dapatkan rehat secukupnya jika perlu.

"Ia memang satu perubahan kerjaya yang besar, tetapi saya juga belajar hidup ini lebih bermakna daripada sekadar mendaki tangga korporat," tuturnya.

WhatsApp Image 2024-09-06 at 19.48.41

Antara menu yang ditawarkan di Kayuh CA. — Kayuh CA

Bercerita lanjut mengenai kedainya, Anderson berkata, tingkat bawah Kayuh CA menampilkan kafe yang luas dan juga pusat servis basikal.

Tingkat atas membawa pelanggan ke kedai basikal Anderson, yang menjual pelbagai jenis basikal dan aksesori. Terdapat juga kafe mini yang menawarkan kopi berasaskan espresso dan kek.

Bicara lanjut mengenai pemilihan nama kafenya, jelas lelaki itu, Kayuh membawa maksud berbasikal dalam bahasa Melayu, manakala CA adalah singkatan untuk California.

"Saya mahu membawa budaya kafe basikal Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia dengan nama unik yang lebih lokal. Ada seorang kawan rapat saya pernah bergurau mengatakan CA bermaksud 'Cari Anderson," katanya sambil tertawa kecil.

Yu oversees  Kayuh CA while Haslina (right) manages the restaurant. — ANDERSON YU

Anderson (kiri) dibantu Haslina (kanan) untuk menguruskan operasi makanan di kafe Kayuh CA.

Kopi dan basikal

Walaupun budaya kopi dan berbasikal sudah berkembang dalam komuniti berbasikal di seluruh dunia semenjak sedekad lalu, trend ini sebenarnya

mulai popular di Eropah sejak tahun 1970-an.

Dengan peningkatan pelbagai grup Facebook berkaitan basikal seperti Malaysia Cycling Community, Cycling Malaysia Group dan Cycling Events Malaysia, nampaknya aktiviti tersebut punyai pengikutnya tersendiri.

Malah, kewujudan majalah tempatan, Cycling Malaysia yang menghubungkan penunggang basikal dengan komuniti, membuktikan sukan berkenaan semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Malaysia juga menyaksikan peningkatan kafe berkonsepkan basikal (memaparkan pelbagai memorabilia basikal) di kebanyakan bandar dan pekan seperti Basikal Stopover di Kuala Kubu Bharu; Arnold Cycling Cafe, Pulau Pinang, Gateh-Bike Cafe, Subang Jaya dan Abah & Sons Motocafe di Kuala Lumpur.

Anderson dalam pada itu turut berpendapat bahawa kopi dan berbasikal saling melengkapi, kerana ia mempu menawarkan waktu rehat yang sangat diperlukan penunggang basikal dalam perjalanan jauh mereka.

"Beberapa kafe basikal juga menawarkan perkhidmatan membaiki basikal, jadi penunggang boleh membaiki basikal mereka sambil berehat selepas kayuhan yang mencabar," katanya yang memulakan Kayuh CA dengan sokongan kewangan daripada bapa mertuanya, seorang ahli perniagaan.

Part of the Yu's (right) cycling tour includes a visit to Serendah's Seven Wells. — ANDERSON YU

Anderson (kanan) bersama rakan-rakan yang turut aktif dalam aktiviti berbasikal.

Perubahan kerjaya

Anderson mengakui beralih daripada dunia korporat kepada menguruskan kafe basikal bukan suatu tugas yang mudah.

Usahawan itu beruntung, iparnya, Eric Lim dan Hunter Leow, masing-masing turut membantu menguruskan kewangan dan restoran.

Sementara bekas rakan sekerjanya, Haslina Dawam, pula menguruskan operasi makanan.

Anderson juga mengikuti kursus pendek membaiki basikal di sebuah kilang basikal di Shah Alam untuk mempelajari asas-asas perniagaan tersebut.

"Ia adalah perniagaan baharu dan saya masih membuat banyak kesilapan. Ini juga satu proses pembelajaran yang agak mendebarkan.

"Saya belajar perkara baharu setiap hari, namun bersyukur atas sokongan tidak henti daripada keluarga dan kawan rapat," ujarnya lanjut. — The Star/SHEELA CHANDRAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram