[VIDEO] Tertekan pedal minyak, remaja cedera di kepala lepas kereta terjunam di Terminal One Seremban


  • 112
  • Ahad, 08 Sep 2024

Kenderaan kereta tersebut selepas terjunam dan menimpa salah sebuah kereta yang diparkir di tingkat bawah.

SEORANG pemandu lelaki berusia 19 tahun mengalami kecederaan di kepala selepas kenderaan dipandunya menjunam dari tingkat satu kawasan meletakkan kereta di Terminal One Seremban, Negeri Sembilan pada Ahad.

Ketua Polis Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, insiden berlaku pada kira-kira pukul 11.45 pagi yang turut melibatkan sebuah lagi kereta.

"Siasatan awal mendapati pemandu sedang meninggalkan kawasan meletakkan kereta untuk pulang ke Seremban 2, namun dia hilang kawalan apabila tersilap menekan pedal.

"Kereta dipandunya merempuh penghalang besi dan menjunam ke bawah sebelum menimpa sebuah lagi kereta yang diletakkan di kawasan parkir di bawahnya," katanya menerusi satu kenyataan.

BACA LAGI: [VIDEO] Penyanyi Reedzwann kemalangan, rakan maut di Trolak

BACA LAGI: Dua penjenayah ‘berani mati’ lawan arus dikejar polis Alor Gajah sejauh 21km, akhirnya terbabit kemalangan

Tambah Mohamad Hatta, insiden itu tidak melibatkan meragut sebarang nyawa apabila tiada pemandu berada di dalam kereta yang ditimpa dengan pemandu hanya mengalami kecederaan.

Pemandu yang cedera sudah dibawa ke KPJ Seremban untuk diberikan rawatan dengan kes sedang disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Mohamad Hatta tuurt meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu untuk menghubungi pegawai siasatan Inspektor Sankar di talian 014-600 0353 atau pergi ke mana-mana balai polis terdekat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram