WARGA Pulau Pinang yang suka membantu golongan kurang bernasib baik dengan mengagih makanan kepada gelandangan di sekitar George Town digalakkan untuk menyalurkan sumbangan makanan tersebut ke Pusat Transit Gelandangan di Jalan CY Choy, George Town, Pulau Pinang.
Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Lim Siew Kim berkata, makanan itu boleh disalurkan kepada penghuni pusat berkenaan.