Macam bas mini, bas henti-henti seluruh negara kini berwarna merah jambu


  • Primer
  • Jumaat, 16 Ogos 2024

Bas henti-henti berwarna merah jambu yang baharu (kiri) dan bas mini lama.

PERKHIDMATAN bas henti-henti di seluruh negara akan digantikan dengan bas baharu berwarna merah jambu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata, perubahan warna itu adalah sebagai langkah transformasi perkhidmatan berkenaan.

Memetik laporan Buletin TV3, pengendali perkhidmatan baharu yang dilantik wajib menyediakan bas baharu dan bakal berdepan penalti jika gagal berbuat demikian.

BACA LAGI: Definisi kesalahan buli siber perlu jelas, elak disalah guna untuk kepentingan politik

BACA LAGI: Deklarasi Beijing bukan yang pertama, Fatah-Hamas sukar bersatu angkara kuasa dan provokasi

34964973305_1229911f3c_b

Bas henti-henti akan ditukar warna kepada merah jambu. — Ainul Azwan Azmi

Loke berkata, seluruh negara akan memiliki bas berwajah baharu dan pereka grafik yang membuat rekaan wajah baharu itu mencadangkan warna merah jambu sebab nampak lebih ceria.

“Dulu warna bas yang gelap agak membosankan, jadi kita tukar kepada warna ceria dan terang supaya dari jauh sudah nampak bas itu, kita naik pun rasa gembira,” katanya.

Tambah beliau, transformasi tersebut akan dilaksanakan di seluruh Semenanjung kecuali Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang kerana memiliki perkhidmatan Bas Rapid.

"Negeri Sembilan akan menjadi negeri pertama yang melakukan transformasi berkenaan dan diteruskan ke negeri lain berdasarkan penamatan tempoh kontrak bagi perkhidmatan dengan syarikat sedia ada.

Beliau berkata, pihaknya mengutamakan syarikat pengendali yang dilantik dalam kalangan penduduk setempat berbanding syarikat bas nasional.

“Ini kontrak pertama diluluskan dan kedua-dua operator dilantik di Negeri Sembilan adalah syarikat tempatan beroperasi di Negeri Sembilan iaitu di Jelebu sendiri,” katanya.

Loke menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM79.1 juta, atau RM15.82 juta setahun, untuk Pakej B bagi memastikan perkhidmatan SBST mencapai matlamatnya di ketiga-tiga koridor iaitu Kuala Klawang, Kuala Pilah/Bahau, dan Port Dickson.

Secara keseluruhan, termasuk koridor Nilai, Seremban, dan Tampin, Kerajaan membelanjakan RM179.1 juta atau RM35.8 juta setahun untuk SBST Seremban.

Tegasnya, inisiatif tambang percuma konsesi yang dilancarkan sebelum itu melalui BAS.MY Konsesi akan diteruskan bagi membantu golongan warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan pelajar sekolah, BAS.MY Seremban.

Bas henti-henti berwarna merah jambu itu seumpama warna bas mini yang pernah beroperasi di ibu negara selama lebih 20 tahun bermula 1975. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram