NUR Farah Dania Mohd Erwadi, 17, dilaporkan hilang di Taman College Heights ditemukan selamat di Kubang Kerian, Kelantan pada Khamis.
Berita ini disahkan oleh bapanya, Mohd Erwadi yang dalam perjalanan ke lokasi berkenaan, katanya ketika dihubungi Majoriti.
Terdahulu media melaporkan, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah itu sebelum ini menghilangkan diri bersama telefon bimbit, beg sekolah dan bekas alat solek.
BACA LAGI: Remaja 17 tahun tak balik rumah di Sikamat, keluarga lapor polis, harap Nur Farah Dania selamat
BACA LAGI: Pelajar Tingkatan 5 dikhuatiri lemas, hilang ketika tangkap ikan di Sungai Pahang
Remaja perempuan itu hilang kira-kira pukul 7 pagi pada Rabu dan lokasi terakhirnya adalah di Taman College Heights, Sikamat.
Ketika dihubungi Majoriti, bapanya secara ringkas memberitahu, mereka sekeluarga lega apabila mendapat tahu bahawa Nur Farah Dania selamat dan berada di Kelantan.
Namun, dia tidak dapat memberikan butiran lanjut mengenai penemuan Nur Farah Dania sewaktu ditanya dengan siapa anaknya itu ditemukan.
"Apa pun saya berterima kasih kepada semua termasuk pengguna media sosial yang membantu mencari Nur Farah Dania," ujarnya ringkas.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, remaja itu ditemukan di rumah keluarga rakan lelakinya di Kubang Kerian.
“Anak kedua daripada tiga adik beradik itu berada dalam keadaan baik dan dihantar ke balai polis Kubang Kerian.
“Keluarganya akan mengambilnya dari sana dan membawanya pulang,” katanya dalam satu kenyataan.
Remaja perempuan itu hilang kira-kira pukul 7 pagi pada Rabu dan lokasi terakhirnya adalah di Taman College Heights, Sikamat, Negeri Sembilan.
Susulan itu, Nor Akmar membuat laporan kehilangan anak perempuannya itu di Balai Polis Sikamat pada Rabu.
Kehilangan Nur Farah Dania tular di media sosial sejak Rabu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram