BERPANTANG maut sebelum ajal. Demikian yang terjadi pada penyanyi, Reedzwann selepas terselamat apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori pada Sabtu.
Kejadian yang menimpa lelaki berusia 23 tahun berkenaan difahamkan berlaku di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, Perak.
Bagaimanapun, dalam kejadian itu, rakan Reedzwann atau nama sebenarnya Muhammad Khairol Ridhuan Khairol Hunsni yang juga penumpang hadapan MPV jenis Nissan Serena, Nuraisyatul Humairah Mohd Radzi, 20, maut di tempat kejadian.
BACA LAGI: KL masih selamat, laporan geologi dan bawah permukaan siap lagi 3 bulan — NRES
BACA LAGI: [VIDEO] Abang bas muat naik video murid sekolah dicekup polis pepagi buta di Simpang Renggam
Penyanyi, Reedzwann selepas terselamat apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori pada Sabtu. pic.twitter.com/73aKb7FDFi
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) September 7, 2024
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, Reedzwann bersama mangsa difahamkan dalam perjalanan dari Jelutong, Pulau Pinang menuju ke Puchong, Selangor.
"Siasatan awal mendapati MPV terbabit cuba mengelak lori jenis Hino Rigid yang berada dihadapannya lalu melanggar bahagian belakang kanan kenderaan terbabit.
"Akibat perlanggaran tersebut, kedua-dua kenderaan telah terpusing dan terbabas. Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Kemalangan dua kenderaan menyebabkan seorang wanita maut di tempat kejadian. — Polis
Tambah Mohd Hasni, dua kelindan lori berusia 20 dan 27 tahun yang mengalami kecederaan telah dihantar ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan lanjut manakala pemandu lori berusia 43 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Mayat mangsa dihantar ke hospital sama untuk dibedah siasat manakala pemandu MPV dan pemandu lori berusia 43 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan manakala
"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," tambahnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram