[VIDEO] Semua projek bernilai lebih RM10 juta dikehendaki guna sistem BIM — Ahmad Maslan


  • Primer
  • Rabu, 04 Sep 2024

Penggunaan sistem BIM bertujuan mengurangkan isu pembinaan dan pertembungan terutama berkaitan pemetaan kumbahan di Kuala Lumpur.

SEMUA projek pembinaan sektor awam dan swasta bernilai lebih RM10 juta dikehendaki mengguna pakai sistem Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM), kata Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, satu jawatankuasa kerja baharu akan dibentuk dan digabungkan dengan jawatankuasa sedia ada bagi Sistem Binaan Berindustri (IBS) untuk menyelia hal berkaitan teknologi bagi semua projek pembinaan.

Menurutnya, Majlis Tindakan Pembangunan Negara dan kementerian bersetuju mengguna pakai sistem BIM untuk semua projek baharu kerajaan dan swasta.

BACA LAGI: Model 3D bantu bina sekolah lebih sistematik, JKR giat perluas teknologi BIM dalam industri pembinaan

BACA LAGI: [VIDEO] Bela ikan laga 'tak kosong', lepaskan di tempat pembiakan jentik-jentik cara cegah wabak denggi

WhatsApp Image 2024-09-04 at 12.59.18

Ahmad Maslan berkata, BIM bukan sahaja untuk bangunan tetapi juga pembinaan kumbahan dan jalan raya.

“Langkah tersebut bertujuan mengurangkan isu pembinaan dan pertembungan terutama berkaitan pemetaan kumbahan di Kuala Lumpur.

"BIM bukan sahaja untuk bangunan tetapi juga pembinaan kumbahan dan jalan raya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa ke-13 Mengenai Kejuruteraan Geoteknikal di kawasan Tropika (Geotropika) dan Persidangan Mengenai Kejuruteraan Lebuhraya dan Pengangkutan (ICHITRA), (GEOCHITRA 2024), pada Rabu.

Mengulas lanjut, Ahmad menjelaskan, jawatankuasa baharu yang dipanggil Jawatankuasa Teknologi Pembinaan Baharu akan dibentuk dan diketuai oleh ketua setiausaha kementerian yang baharu untuk menyeragamkan penggunaan BIM dan teknologi baharu lain dalam projek jalan serta bangunan.

Beliau menambah, kerajaan juga akan bekerjasama dengan universiti untuk membangunkan perisian BIM sendiri bagi mengurangkan kebergantungan terhadap sistem luar negara yang mahal.

Pada Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, penggunaan BIM akan diperluas ke semua peringkat khususnya dalam projek berkaitan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bermula 1 Ogos. — The Star/ALLISON LAI DAN GERARD GIMINO

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram