JAGUH olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli kini memiliki set lengkap pingat Paralimpik.
Pemain berusia 34 tahun itu meraih pingat perak untuk Malaysia di Sukan Paralimpik Paris dalam acara lontar peluru F20 (kurang upaya intelek) akhir lelaki pada malam Selasa.
Muhammad Ziyad mengesahkan kedudukannya selepas percubaan ketiga membuahkan hasil dengan catatan 17.18 meter (m) di belakang wakil Ukraine, Oleksandr Yarovyi yang mencatat rekod dunia baharu 17.61m sekali gus merangkul pingat emas.
BACA LAGI: 'Smash' padu Cheah Liek Hou tuai emas pertama Malaysia di Sukan Paralimpik 2024
BACA LAGI: [VIDEO] Dah macam Zii Jia, Muhammad Fareez bergaya tumpaskan atlet Jepun misi ke final Paralimpik
Muhammad Ziyad mengesahkan kedudukannya selepas percubaan ketiga membuahkan hasil dengan catatan 17.18m.
Ziyad cuba untuk memperbaiki kedudukannya tetapi terpaksa berpuas hati dengan perak apabila Oleksandr terbukti tidak dapat ditewaskan di Paris.
Pemain berusia 25 tahun itu memecahkan rekod dunia dua kali, dengan percubaan keempatnya sejauh 17.61m terbukti sebagai lompatan kemenangan.
Rakan sepasukan, Maksym Koval, yang sebelum ini memegang rekod dunia 17.34m dari Sukan Paralimpik Tokyo tiga tahun lalu, meraih gangsa dengan lontaran 16.99m.
Meskipun terlepas peluang memenangi pingat emas kedua untuk Malaysia di Paris selepas pemain badminton, Cheah Liek Hou, namun kemenangan Ziyad masih sangat membanggakan.
Kejayaan kali ini memadam episod duka buat atlet itu selepas penyertaannya dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dibatalkan gara-gara lewat ke bilik panggilan.
Dia terpaksa pulang dengan tangan kosong walaupun mencatatkan rekod dunia percubaan 17.94m pada pusingan akhir.
Penganjur di Tokyo bertindak atas aduan dari kem Ukraine bahawa Ziyad telah lewat tiga minit untuk acara itu dan memutuskan untuk melucutkan pingat emasnya.
Ziyad sebelum ini meraih gangsa di London pada 2012 sebelum melangkah untuk menuntut emas di Rio de Janeiro empat tahun kemudian. — The Star/LIM TEIK HUAT
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram