Polis sahkan Mashitah di Myanmar untuk urusan pelaburan hartanah


  • 112
  • Rabu, 04 Sep 2024

Mashitah (dua dari kanan) bersama suaminya ketika membuat laporan polis berhubung dakwaan penglibatan beliau dalam sindiket pemerdagangan manusia.

POLIS mengesahkan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang terlibat dalam siasatan pemerdagangan manusia telah ke Myanmar untuk tujuan pelaburan hartanah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, polis bagaimanapun masih menyiasat penglibatan Mashitah berhubung dakwaan aktiviti pemerdagangan manusia.

“Semakan mendapati Mashitah pergi ke Myanmar atas urusan pelaburan hartanah di Myawaddy, Myanmar. Kami dapat menyemak dan mengesahkannya selepas merekodkan kenyataannya pada minggu lepas,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

BACA LAGI: 'Saya kekal utuh ajaran Islam, hanya kebetulan kawan ajak bergambar', respons Dr Mashitah selepas dikaitkan sindiket

BACA LAGI: [VIDEO] Dah macam Zii Jia, Muhammad Fareez bergaya tumpaskan atlet Jepun misi ke final Paralimpik

Comm Shuhaily: Personnel under investigation are innocent until proven guilty

Mohd Shuhaily berkata, polis masih menyiasat penglibatan Mashitah berhubung dakwaan aktiviti pemerdagangan manusia.

Mohd Shuhaily berkata, polis masih meneruskan siasatan terhadap dakwaan pemerdagangan manusia yang melibatkan rakyat Malaysia di Myanmar.

“Polis telah merakam kenyataan individu bergelar datuk seri berhubung kes yang sama.

“Kami juga akan merakam kenyataan seorang penulis blog Indonesia hari ini, yang akan dijalankan secara dalam talian kerana lokasinya di Jakarta,” katanya sambil menambah polis sudah mengambil keterangan daripada lima individu termasuk Mashitah.

Mohd Shuhaily dalam pada itu turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menerima tawaran kerja dari luar negara, terutama dari negara yang terkenal dengan penipuan.

“Semak dan sahkan tawaran sedemikian melalui saluran rasmi, seperti Kementerian Dalam Negeri atau Jabatan Buruh,” katanya.

Media pada 28 Ogos lalu melaporkan bahawa bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu adalah dalang di sebalik sindiket pemerdagangan manusia antarabangsa di Myanmar.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia, Datuk Hishamuddin Hashim dilaporkan berkata, Mashitah bersama suaminya memegang jawatan penting sebagai pegawai kanan keselamatan dalam sebuah syarikat dan dipercayai terlibat sejak awal 2020.

Baru-baru ini, video yang mendedahkan sindiket itu menjadi tular di YouTube di Indonesia, menunjukkan bahawa ramai warga Indonesia telah menjadi mangsa operasinya, termasuk kerja paksa, penyeksaan, penyeludupan organ dan juga pembunuhan.

Mashitah bagaimanapun sehingga kini menafikan dakwaan tersebut. — The Star/FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram