[VIDEO] Lebih minat bisnes berbanding perubatan, Dr Nurul A'in tak menyesal berhenti jadi doktor


  • Bizz
  • Selasa, 03 Sep 2024

Selain jualan, Dr Nurul A'in turut memberi fokus pada jualan dalam talian kerana dapat memberikan pendidikan kepada pengguna.

KELEBIHAN pengalaman sebagai pegawai perubatan mendorong pengasas produk penjagaan kulit, Alluskin terjun ke bidang perniagaan sekitar tahun 2019.

Menuruti minat untuk meneruskan perniagaan penjagaan kulit berbanding bergelar doktor, Dr Nurul A'in Sa'ari, 31, mengakui itu antara keputusan terbaik bagi dirinya.

Ketua Pegawai Eksekutif Alluskin Sdn Bhd itu berkata, sasarannya mudah, iaitu untuk berkongsi pengetahuan penjagaan kulit yang baik dan sihat menggunakan kandungan bahan selamat.

BACA LAGI: Dari mekanik jadi tauke kopi terkemuka, Muhamad Zamry mahu Richiamo Coffee tembusi pasaran antarabangsa

BACA LAGI: [VIDEO] Rama-rama jadi identiti, anak seni kelahiran Perak realisasi impian masa kecil buka bisnes di Bukit Bintang

@draenbebel Replying to @ㅤㅤ ㅤㅤ ㅤ ini sabun yang okay untuk jerawat badan so far! If nak I review, nanti bagitahu tau! #draenshares #draenbebel #letsbebel #medicaleducator #skincaregurumalaysia #beautyspeaker #skincarespeaker #kesihatanwanita #jagakulit #jerawatbadan #bacne #drdermis #alluskin #carriejunior ♬ original sound - Dr Aen | Let’s Bebel

"Saya berhenti menjadi doktor kerana bidang perubatan bukan minat saya dan mendapati diri lebih cenderung pada bidang usahawan.

"Mempraktikkan pengetahuan tentang anatomi, fisiologi kulit dan patofisiologi penyakit kulit, lebih mudah untuk saya menerangkan tentang profungsi berpandukan ilmu yang ada.

"Pada masa sama, kelebihan pengetahuan ini membantu membuatkan pengguna lebih yakin kepada produk diketengahkan," ujarnya.

Mengambil masa sekurang-kurangnya 18 bulan untuk proses penyelidikan dan pembangunan sebelum Alluskin berada di pasaran, pemegang Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu menjelaskan bahawa fokus penghasilan produk seharusnya lembut pada kulit, tetapi efektif.

Snapinsta.app_317373452_548829223723047_2353983621721820137_n_1080

Dr Nurul A'in berhenti menjadi doktor kerana lebih berminat dengan bidang keusahawanan.

Kesukaran mencari produk penjagaan kulit bersesuaian dengan kulitnya yang jenis kering dan sensitif menyebabkan beliau merumuskan produk penjagaan kulit sendiri sehingga terhasilnya Alluskin.

"Saya mula merumuskan Alluskin semasa menjadi doktor pelatih yang mana produk pertama ialah Alluskin Purifying Cleanser.

"Pada Oktober 2019, saya mula mengambil prapesanan dan kini produk ini (Alluskin Purifying Cleanser) menjadi best seller.

"Saya memang fokus pada jualan dalam talian kerana dapat memberikan pendidikan kepada pengguna.

"Namun saya akui penting untuk menumpukan kedai fizikal, maka produk Alluskin boleh didapati juga di farmasi dan gedung beli-belah AEON," ujarnya yang juga pemegang Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan Universiti Antarabangsa Unitar (UNITAR), Petaling Jaya, Selangor.

Snapinsta.app_456717625_18453553834013244_376980488578370596_n_1080

Beliau turut aktif memberi ilmu pengetahuan berkenaan kecantikan dan produk penjagaan kulit.

Dr Nurul berkata, masyarakat masih lagi samar mengenai aspek pemilihan produk penjagaan kulit.

Jelas beliau, sesetengah individu tidak tahu membezakan produk premium dan timbang kilo kerana kurangnya pendidikan tentang produk penjagaan kulit.

"Mereka menganggap produk premium jenama tempatan adalah barangan timbang kilo.

"Sebab itu, pentingnya memberikan pendidikan perihal perbezaan antara dua produk.

"Justeru, selain bisnes, saya turut memfokuskan untuk memberi pendidikan mengenai ini menerusi laman sosial," jelas yang juga pemegang Ijazah Kedoktoran Pengurusan Perniagaan.

Dr Nurul A'in juga aktif dalam memberikan nasihat dan penerangan berhubung ilmu kesihatan dan isu terkini menerusi platform aplikasi TikTok miliknya, draenbebel. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram