[VIDEO] Cuba melawan, polis tembak mati penjenayah ada 16 rekod lampau di Rawang


  • 112
  • Sabtu, 31 Ogos 2024

Tangkap layar daripada video orang awam memaparkan pihak polis menembak seorang suspek di Jalan Bukit Beruntung, Rawang pada Jumaat malam.

POLIS menembak mati seorang penjenayah dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Bukit Beruntung, Rawang, Selangor pada Jumaat malam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dalam kejadian pada pukul 9.33 malam itu, lelaki tempatan berusia 36 tahun terbabit ditembak mati selepas enggan memberhentikan kenderaannya sebelum melepaskan tembakan kepada polis.

"Suspek melepaskan tembakan terhadap pihak polis, yang kemudian memaksa mereka untuk membalas tembakan. Suspek disahkan maut di tempat kejadian.

BACA LAGI: Pendaki wanita 54 tahun maut ketika turun Gunung Kinabalu

BACA LAGI: Operasi SAR di Jalan Masjid India terlampau berisiko, bomba sambung cari mangsa tanah jerlus di IWK Pantai Dalam

“Suspek mempunyai 16 rekod jenayah dan dadah,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Hussein berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.

"Kami menyeru sesiapa yang memiliki maklumat lanjut mengenai insiden untuk menghubungi polis Hulu Selangor atau pergi ke mana-mana balai polis berhampiran," katanya lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram