Pegawai kerajaan antara 6 direman, minta wang suap cecah RM10,000 setiap bulan


Kesemua enam lelaki dalam lingkungan usia 50-an itu didakwa menerima sogokan hampir RM10,000 setiap bulan.

ENAM individu, termasuk seorang pegawai penguat kuasa sebuah jabatan kerajaan direman lima hari kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah bagi melindungi dan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap aktiviti penyeludupan.

Perintah tahanan reman terhadap kesemua lelaki berusia 50-an itu dikeluarkan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

BACA LAGI: Elak isu kambing hitam, pemecatan pegawai terlibat rasuah perlu telus — Pemerhati

BACA LAGI: Fitnah TMJ terlibat rasuah RM20 juta cubaan jatuhkan institusi diraja — Onn Hafiz

Difahamkan, jumlah suapan yang diterima adalah antara RM5,000 sehingga RM10,000.

Terdahulu, semua lelaki itu ditahan di pejabat SPRM di Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan antara pukul 2 petang sehingga 5 petang Isnin selepas mereka hadir memberi keterangan.

Mereka ditahan untuk siasatan lanjut kerana disyaki meminta dan menerima rasuah secara bulanan anggaran antara RM5,000 hingga RM10,000.

Berdasarkan laporan, rasuah itu diberikan bagi melindungi dan tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas aktiviti penyeludupan barang-barang bersubsidi seperti minyak, rokok dan barang-barang lain. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram