SAMBUTAN Hari Kebangsaan 2024 yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada Sabtu mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada rakyat Malaysia yang teruja bagi menyaksikan acara tahunan tersebut
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, acara tersebut dianggarkan menarik lebih 100,000 pengungjung.
Dalam pada itu, antara yang menjadi tarikan utama pada majlis perarakan penuh gilang-gemilang itu tentunya persembahan tarian istimewa ‘cuci rasuah’ yang melibatkan lebih 500 warga Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).
BACA LAGI: Graduan diploma dari Muar ambil peluang beralih bidang penuhi cita-cita miliki kebun sendiri
Persembahan yang berlangsung selama kira-kira lima minit di hadapan pentas utama itu turut mendapat respons positif daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tampil memuji tenaga dan keseragaman yang dipamerkan.
Untuk rekod, persembahan ‘cuci rasuah’ merupakan cetusan idea Pengarah Artistik dan Konsep bagi sambutan Hari Kebangsaan 2024, Rosnan Nordin.
Cuci rasuah. Cuci rasuah
Ayee lagu dia sedap oh hahaha pic.twitter.com/TtFHJXEOFM
— yayanh (@yayanh123) August 31, 2024
Ia didedikasikan kepada perjuangan Anwar dalam membanteras rasuah dengan diiringi lagu hasil ciptaan Rosnan bertajuk ‘cuci rasuah’ yang pertama kali dimainkan pada Sabtu.
Lebih menarik, semua peserta tarian itu hanya menggunakan peralatan pembersihan iaitu penyapu dan tong sampah sebagai instrumen persembahan, yang membawa simbolik pembersihan negara dari amalan rasuah.
Dalam pada itu, video persembahan berkenaan turut menarik perhatian warganet di media sosial yang tampil memberikan reaksi pelbagai.
Malah, ada antaranya yang memberikan respons sinis berhubung perkara tersebut.
"Ramai terasa itu," tulis Assb Maverick.
Hantaran itu dipercayai merujuk kepada anggota pentadbiran di dalam negara yang berkemungkinan terpalit dengan kegiatan rasuah atau salah guna kuasa.
Dalam pada itu, terdapat juga pihak percaya bahawa persembahan itu merupakan satu mesej tidak langsung daripada Perdana Menteri terhadap kesemua anggota pentadbiran di bawahnya.
"Banteras tangkap dan dakwa perasuah penyakau humban ke penjara semuanya. InsyaALLAH Malaysia akan lebih aman makmur dan maju jaya. PMX (Anwar) terbaik untuk rakyat Malaysia," ujar Shanizam Zam. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram