Kena 'pressure' turunkan hantaran FB, Zuckerberg kesal tak lantang hadapi tekanan Biden-Harris


  • Benua
  • Selasa, 27 Ogos 2024

Zuckerberg dakwa Meta dipaksa oleh Joe Biden untuk menurunkan hantaran tentang Covid-19.

ISI surat kepada Jawatankuasa Kehakiman Dewan Amerika Syarikat (AS) mendedahkan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg tidak begitu gembira dengan pentadbiran kedua-dua pemimpin negara itu, Joe Biden dan Kamala Harris apabila mereka berulang kali memaksa pasukan Meta untuk menyekat hantaran berkaitan Covid-19 di media sosial.

Pentadbiran Biden-Harris dikatakan menekan Meta untuk membuat pelarasan yang memberi faedah dari sudut pemahaman situasi dan maklumat baharu berkenaan wabak Covid-19.

"Saya menyesal kerana tidak lantang bersuara tentang hal ini," kata Zuckerberg yang bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Meta.

BACA LAGI: Mahu buat aktiviti larian tapi takut serangan asma, ketahui tip bantu elak risiko kesihatan

BACA LAGI: Alami menopaus tapi masih ada darah keluar, waspada anda mungkin ada simptom kanser rahim

WhatsApp Image 2024-08-27 at 11.22.24 AM

Zuckerberg mendakwa Meta dipaksa menurunkan hantaran tentang Covid-19.

Apa yang dinyatakan dalam surat itu?

Pada tahun 2021, pegawai kanan dari Pentadbiran Biden, termasuk Rumah Putih berulang kali menekan pasukan kami selama beberapa bulan untuk menyekat kandungan tertentu berkaitan Covid-19

Kandungan itu termasuk hantaran di media sosial berbentuk 'humor' dan 'satira' dengan menunjukkan kekecewaan terhadap pasukan Meta jika tidak bersetuju dengan arahan yang diberikan.

Bagaimanapun, Zuckerberg berkata, pada akhirnya, keputusan untuk menghapuskan kandungan adalah tanggungjawab mereka sendiri, termasuk perubahan berkaitan Covid-19 yang dilakukan selepas mendapat tekanan daripada pihak berkenaan.

"Seperti yang saya katakan kepada pasukan kami (Meta), saya berpendapat bahawa kami tidak seharusnya berkompromi terhadap piawaian kandungan hanya kerana memperoleh tekanan daripada mana-mana pentadbiran, dan kami bersedia untuk menolak jika sesuatu seperti itu berlaku lagi," katanya.

Jawatankuasa Kehakiman Dewan yang diketuai oleh Parti Republik telah memuat naik surat Zuckerberg di X dengan mendedahkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Meta baru sahaja mengakui tiga perkara iaitu:

1. Pentadbiran Biden-Harris memaksa Facebook untuk menyekat kandungan rakyat Amerika.

2. Facebook menyekat kandungan rakyat Amerika.

3. Facebook mengehadkan kandungan tentang kontroversi anak Biden, Hunter yang terpalit kes mahkamah. Kemenangan besar untuk kebebasan bersuara.

Dalam surat itu, Zuckerberg juga mengimbau kembali mengenai amaran yang diterima daripada FBI tentang kemungkinan wujud maklumat palsu dari Rusia mengenai keluarga Biden dan Burism sebelum pilihan raya 2020.

Meta kemudiannya menurunkan cerita mengenai dakwaan rasuah yang melibatkan keluarga Biden.

Bagaimanapun, Zuckerberg menegaskan bahawa cerita itu tidak sepatutnya diturunkan kerana ia bukan maklumat palsu dari Rusia.

"Waktu itu, kami membaca berita tentang New York Post yang melaporkan dakwaan rasuah melibatkan keluarga Joe Biden. Bagaimanapun, kami menghantar cerita itu kepada pemeriksa fakta untuk semakan dan menurunkannya buat sementara waktu sementara menunggu jawapan.

"Ia telah dibuat sejak itu. Sudah jelas bahawa laporan itu bukan maklumat palsu Rusia, dan jika difikirkan semula, kami tidak sepatutnya menurunkan cerita itu," kata Zuckerberg. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram