[VIDEO] ‘Akhirnya saya tangkap orang yang nak tangkap saya’, Sanusi beri ‘hint’ kahwin lagi bersama penjawat awam


  • Tular
  • Isnin, 02 Sep 2024

ADUN Jeneri itu pernah menafikan dirinya sudah berpoligami di hadapan isterinya, Tok Puan Jusmalailani (kanan) sekitar April lepas.

KOMEN Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung isu perkahwinan beliau dengan seorang penjawat awam mencetuskan persoalan dalam kalangan masyarakat.

Malah, kiasan beliau mengenai topik itu turut diselit dalam ucapannya berhubung perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Kedah sempena Sidang Kemuncak State Government 4 (SG4) di Bandar Baru Bangi, Selangor pada Isnin.

"Saya hampir ditangkap tetapi Alhamdulillah saya berjaya 'menangkap' orang yang nak menangkap saya," katanya.

BACA LAGI: Ketum: MB Kedah pernah cadang eksport, tak sangka sekarang jadi punca utama pelajar malas ke sekolah

BACA LAGI: 'Kalau jodoh... apa salahnya', Sanusi jawab dakwaan kahwini wanita Pahang

@malaysiaforward

Tahniah nusi

♬ Funny video "Carmen Prelude" Arranging weakness(836530) - yo suzuki(akisai)

Ucapan pada persidangan itu turut disiarkan secara langsung di media sosial sebelum tular.

Sambil tertawa, beliau bertanyakan kepada penonton sama ada mereka memahami maksud di sebalik ucapannya itu.

Baru-baru ini, status perkahwinan Muhammad Sanusi sekali lagi trending di laman sosial selepas timbul dakwaan mengatakan beliau sudah berkahwin lagi dengan seorang pegawai polis yang terlibat dalam siasatan REE sebelum ini.

Malah gambar seorang wanita yang didakwa isteri kedua Muhammad Sanusi turut tersebar di laman maya.

Pernah dikaitkan dengan isu tersebut sekitar April lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu menafikan dirinya sudah berpoligami.

“Masih seorang,” kata Sanusi secara berseloroh sambil menjeling ke arah isteri beliau, Tok Puan Jusmalailani Jusoh ketika itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram