Pernah nafi pada April, dakwaan Sanusi berkahwin lagi kembali trending


  • Tular
  • Khamis, 29 Ogos 2024

Muhammad Sanusi sebelum ini menafikan dakwaan beliau sudah berpoligami seperti yang tular di laman sosial.

STATUS perkahwinan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi sekali lagi trending di laman sosial apabila dakwaan beliau telah pun berkahwin lagi dengan seorang penjawat awam kembali tular baru-baru ini.

Perkongsian warganet di laman sosial mendakwa beliau telah selamat mendirikan perkahwinan keduanya bersama seorang penjawat awam.

Pernah dikaitkan dengan isu terbabit sekitar April lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu menafikan beliau sudah berpoligami seperti yang diperkatakan menerusi laman sosial.

BACA LAGI: Ketum: MB Kedah pernah cadang eksport, tak sangka sekarang jadi punca utama pelajar malas ke sekolah

BACA LAGI: 'Kalau jodoh... apa salahnya', Sanusi jawab dakwaan kahwini wanita Pahang

“Masih seorang,” kata Sanusi secara berseloroh sambil menjeling ke arah isteri beliau, Tok Puan Jusmalailani Jusoh ketika itu.

6233468324143020866

Muhammad Sanusi (kiri) dan isterinya, Tok Puan Jusmalailani Jusoh.

Namun, sejak beberapa hari lepas, tular beberapa keping gambar memaparkan seorang penjawat awam dipercayai isteri keduanya.

Sumber ketika dihubungi Majoriti juga enggan mengesahkan atau menafikan perkara itu.

Sanusi juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan itu setakat ini.

Muhammad Sanusi mendirikan rumah tangga dengan Jusmalaini pada 14 Februari 1999 dan dikurniakan lima cahaya mata.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram