[VIDEO] Isu pampasan air: Kedah heret Pulau Pinang ke mahkamah, Sanusi kata tiada pilihan


  • Primer
  • Isnin, 02 Sep 2024

Muhammad Sanusi berkata, beliau tidak mempunyai pilihan selain berbuat demikian memandangkan ketegasan kerajaan Pulau Pinang bertegas untuk membawa perkara itu ke mahkamah.

KERAJAAN Kedah akan membuat tuntutan pampasan daripada Pulau Pinang untuk penggunaan air mentah dari Sungai Muda melalui tindakan undang-undang, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau berkata, memandangkan kerajaan Pulau Pinang bertegas untuk membawa perkara itu ke mahkamah, beliau tidak mempunyai pilihan selain berbuat demikian.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Lepas tembusi pasaran hampir 30 negara, John ada misi jadikan Hausboom syarikat minuman terbesar negara

"Mereka kata kalau kita nak tuntut bayaran, kita mesti melalui mahkamah. Mereka yang mendesak ini, bukan saya. Jadi, kita akan buat," katanya semasa sidang media sempena sidang kemuncak Kerajaan Negeri 4 (SG4) di Bangi, Selangor pada Isnin.

Pada 26 Ogos lalu, Pulau Pinang memberitahu Kerajaan Kedah bahawa mereka perlu melakukan tuntutan terhadap caj air mentah daripada Sungai Muda, melalui mahkamah dan bukannya melalui media masa atau secara terbuka.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan berita bahawa kerajaan Kedah akan terus menuntut bayaran untuk penggunaan air mentah dari Pulau Pinang, yang kini memperoleh 84 peratus bekalan airnya dari Sungai Muda.

Water from Sungai Muda at the Lahar Tiang pumping station in Kepala Batas. ( May 15,2023 ). —ZHAFARAN NASIB/The Star

Kedah sebelum ini mengemukakan tuntutan bertulis kepada Pulau Pinang untuk mengenakan caj RM50 juta setahun bagi penggunaan air mentah dari Sungai Ulu Muda, yang berasal dari Kedah.

Exco Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar Kedah, Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria dilaporkan berkata, Pulau Pinang masih belum membuat bayaran kepada Kedah walaupun tuntutan dibuat sejak 2010.

Kedah sebelum ini mengemukakan tuntutan bertulis kepada Pulau Pinang untuk mengenakan caj RM50 juta setahun bagi penggunaan air mentah sejak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang mendapat bekalan air dari Sungai Ulu Muda, yang berasal dari Kedah.

Bagaimanapun, Chow berkata, penggunaan air sungai Pulau Pinang, khususnya di kawasan berhampiran sempadan negeri, adalah mengikut undang-undang dan hak antarabangsa.

Beliau berkata, perkara itu dikawal oleh undang-undang, dan mereka yang tidak berpuas hati boleh mengambil tindakan menerusi lunas perundangan. — The Star/ARFA YUNUS

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram