[VIDEO] Kena provokasi, disembur ‘pepper spray’ punca Hafiz Suip bergaduh lepas solat Jumaat — Rakan baik


  • Tular
  • Jumaat, 30 Ogos 2024

Tangkap layar pergaduhan membabitkan Hafiz Suip selepas disembur 'pepper spray' dan provokasi individu tidak dikenali pada Jumaat.

KECOH di laman sosial apabila penyanyi Hafiz Suip dirakam terlibat dalam satu pergaduhan di sebuah jalan raya selepas solat Jumaat.

Dipercayai berpunca akibat provokasi daripada individu tidak dikenali, bekas juara Anugerah Juara Lagu (AJL) itu dilihat cuba mengasari pemandu ketika kejadian.

Insiden itu difahamkan berlaku selepas penyanyi tersebut dan beberapa rakannya menziarahi kediaman peminat artis itu yang genap 100 hari meninggal dunia.

BACA LAGI: [VIDEO] Tiga remaja 17 tahun cuba lari pemeriksaan polis di Rawang tiada lesen memandu

BACA LAGI: Kanak-kanak 9 tahun lemas terjatuh longkang di Rawang

Rakaman kejadian tular di laman sosial dan hangat diperkatakan warganet.

Tampil memberikan penjelasan, seorang individu dipercayai rakan karib Hafiz akhirnya berkongsi kronologi kejadian di laman Facebook pada Jumaat.

"Assalamualaikum, mungkin ada yang tengok video pergaduhan Hafiz Suip yang berlaku selepas Jumaat tadi, oleh kerana video yang tersebar hanya sekejap, biarlah saya terangkan kronologi.

"Selepas solat Jumaat, kami dalam perjalanan untuk membeli hamper hadiah untuk ziarah rumah keluarga peminat Hafiz Suip yang sudah meninggal dunia kerana semalam merupakan hari ke-100 pemergiannya.

"Ketika dalam perjalanan, ada sebuah kenderaan yang 'mencucuk' dari belakang, maka provokasi pun berlaku dari kedua belah pihak," kata Uthman Daud.

Tambahnya, situasi bertambah serius apabila Hafiz dikasari dan diserang dengan semburan serbuk lada (pepper spray) sehingga mencetuskan pergaduhan ketika kejadian.

"Kemuncaknya adalah apabila pemandu tersebut mula menghalang laluan dan berhentikan kereta kami, kemudian kedua-duanya tengah marah dan keluar dari kereta.

"Tiba-tiba pemandu tersebut sembur muka Hafiz dengan 'pepper spray'. Saya cuba leraikan keadaan, tetapi pemandu tersebut masih meluru ke arah Hafiz, dalam keadaan saya cuba leraikan keadaan, saya juga disiku dan disembur sehingga saya sesak nafas, jadi saya sendiri pun melepaskan tumbukan selepas melihat dia terlalu agresif.

"Selepas itu kami ke balai polis membuat laporan dan sekarang masih di hospital untuk menerima rawatan kerana kulit masih pedih," katanya.

Namun, sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan polis berhubung kes tersebut dan Hafiz juga tidak membuat kenyataan berkaitan kejadian menimpa dirinya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram