'Mata ini menangis, hati bersedih', isteri Dai Syed reda pada Jumaat penuh barakah, mohon doa orang ramai


  • Massa
  • Jumaat, 30 Ogos 2024

Hana Ismail (kiri) reda dengan ketentuan tuhan atas ujian berat dihadapinya.

SUSULAN hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan dijatuhkan terhadap Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29, isterinya, Hana Ismail, 38, memohon doa orang ramai atas apa yang berlaku.

Jelasnya menerusi hantaran InstaStory pada Jumaat, meskipun bersedih atas apa yang berlaku, namun dia kekal reda dengan ketentuan Tuhan.

BACA LAGI: Da'i Syed teresak-esak kena penjara 10 tahun, 3 sebatan kerana merogol, peluk isteri sedang berpantang

BACA LAGI: 'Ustaz Don juruacara Salam Baitullah, bukannya penganalisis atau penceramah'

"Mata ini menangis dan hati ini bersedih, namun kami hanya akan menuturkan apa yang diredai Tuhan kami.

"Alhamdulillah untuk segala nikmat diberikan buat keluarga kecil kami.

"Di hari Jumaat penuh barakah ini, saya dengan rendah diri ingin memohon doa dan kebaikan dari kalian. Salam sayang, Baba Nour, Umm Nour dan Lil Nour," katanya.

6235720123956706652

Hana Ismail (kiri) baru menyambut cahaya mata sulungnya sekitar 16 hari lalu.

Terdahulu pada Jumaat, pendakwah selebriti itu dijatuhi hukuman mahkamah atas tuduhan merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

Sebaik mendengar keputusan, bapa anak satu itu dilihat menangis teresak-esak dalam kandang tertuduh sebelum memeluk isterinya selepas dijatuhi hukuman.

Hakim Norazlin Othman memutuskan demikian selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pembelaan dan hukuman penjara itu berkuat kuasa bermula Jumaat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram