SATU kemalangan maut dilaporkan berlaku membabitkan seorang penghantar makanan yang dirempuh sebuah kereta ketika memberi laluan kepada ambulans di Jalan Padang Jambu, Melaka pada Rabu.
Mangsa, Hilmi Saleh, 31, yang menunggang motosikal Yamaha 135LC meninggal dunia di lokasi kejadian kira-kira pukul 9.50 pagi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa dan sebuah Proton Wira yang dipandu warga emas berusia 65 tahun dari arah Pengkalan Batu, Melaka.
BACA LAGI: [VIDEO] Didakwa tidak patuhi SOP sembelihan, gadis melambung ke udara ditanduk lembu korban
BACA LAGI: [VIDEO] KPDN serbu premis didakwa naikkan harga tong gas lepas penyasaran subsidi diesel di Puchong
Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, kedua-dua kenderaan terbabit mahu melintas ke hadapan menghala ke arah Jalan Padang Jambu bagi memberi laluan kepada ambulans yang datang dari arah sama.
Nak bagi laluan ambulans punya pasal.. terkorban rider sorang.. pic.twitter.com/9hmuCSAu7L
— CyberBorg (@borg_cyber) June 19, 2024
Namun, sebuah kereta Honda Civic dari arah Ayer Keroh menghala ke Bandar Melaka tidak dapat mengelak lalu merempuh motosikal mangsa dan kereta Proton Wira tersebut.
"Akibat kemalangan itu, penghantar makanan terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan kerana mengalami kecederaan parah di kepala.
"Manakala pemandu Proton Wira dan pemandu Honda Civic berusia 50 tahun masing-masing sakit di bahagian dada serta cedera di leher," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Tambahnya, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat sebelum dituntut waris keluarga.
"Pihak polis sedang mengesan saksi kemalangan dan setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya lagi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram