Kanak-kanak 9 tahun lemas terjatuh longkang di Rawang


  • 112
  • Rabu, 01 Mei 2024

Kanak-kanak berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi tersebut.

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Taman Bukit Rawang Jaya, Rawang, Selangor pada Rabu.

Mayat kanak-kanak itu ditemukan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kira-kira empat kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 5.28 petang.

Menurutnya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang membabitkan kekuatan lapan pegawai serta anggota dikejarkan ke lokasi.

BACA LAGI: 'Jerat paku' di Rawang, pelari alami kecederan minta kaki joging berhati-hati

440155210_748788270749469_7681106445650076731_n

Usaha mencari menemukan mayat mangsa kira-kira empat kilometer daripada lokasi terjatuh.

BACA LAGI: [VIDEO] Liga amatur di Rawang buat hal lagi, gaduh hingga pelangkung kepala pemain guna helmet

"Usaha mencari dan menyelamatkan mangsa dipergiatkan dan mangsa ditemui sekitar jam 6.30 petang tadi pada jarak kira-kira empat kilometer dari lokasi dia terjatuh.

"Bagaimanapun, kanak-kanak itu telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan kesihatan yang turut berada di lokasi tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram