Tanah mendap di Kampung Attap gambar lama — DBKL


  • 112
  • Khamis, 29 Ogos 2024

Gambar tular pada Khamis memaparkan kejadian tanah mendap di Jalan Dewan Bahasa, Kampung Attap, Kuala Lumpur.

TULAR satu gambar memaparkan kejadian tanah mendap di Jalan Dewan Bahasa, Kampung Attap, Kuala Lumpur sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai khususnya warga kota.

Bagaimanapun, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Khamis mengesahkan bahawa foto berkenaan adalah gambar lama yang ditularkan semula.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan, kerja-kerja pembaikan terhadap kerosakan di jalan tersebut telah dijalankan.

BACA LAGI: Frankie dan Denti kembali ‘beraksi’, jejak mangsa terjerumus lubang Masjid India

BACA LAGI: Satu lagi mendapan dikesan 50 meter dari lokasi tanah jerlus Masjid India

dbkl

Tangkap layar memaparkan keadaan jalan di Kampung Attap yang sudah dibaiki. — DBKL

"DBKL ingin merujuk kepada satu gambar kejadian tanah mendap yang tular, didakwa berlaku di sekitar Jalan Dewan Bahasa, Kampung Attap pada hari ini (Khamis).

"Dimaklumkan bahawa gambar tersebut merupakan gambar lama dan kerja-kerja pembaikan terhadap kerosakan di jalan tersebut telah dijalankan.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak berkongsi berita yang tidak sahih kerana ia boleh menimbulkan kegelisahan awam," katanya.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporkan berhubung kejadian tanah mendap berhampiran Ibu Pejabat Bank Muamalat itu.

“Bagi kes di Kampung Attap, ada berlaku tanah mendap dua hari lepas (Selasa), tetapi tidak dilaporkan kepada bomba.

“Bagi kes di depan ibu pejabat Bank Muamalat, bomba tidak dapat sebarang aduan,” maklumnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram