Satu lagi mendapan dikesan 50 meter dari lokasi tanah jerlus Masjid India


  • 112
  • Rabu, 28 Ogos 2024

Lokasi mendapan yang berhampiran dengan tanah jerlus di Masjid India. — Agensi

TERDAPAT sebuah mendapan yang dikesan berdekatan dengan lokasi tanah jerlus di Masjid India, Kuala Lumpur.

Kawasan mendapan tersebut dilaporkan berada pada jarak kira-kira 50 meter daripada lokasi tanah jerlus yang menyebabkan seorang wanita warganegara India terjatuh ke dalamnya.

Memetik laporan Kosmo!, mendapan tersebut terhasil akibat hujan lebat dan ribut yang turun di tempat kejadian sekitar 2.30 pagi Rabu.

BACA LAGI: Frankie dan Denti kembali ‘beraksi’, jejak mangsa terjerumus lubang Masjid India

BACA LAGI: [VIDEO] Dari Batang Kali ke Turkiye, ramai harap Denti dan Frankie dikurniakan darjah kebesaran

Pihak berkuasa bertindak pantas apabila mereka segera meletakkan penghalang pada mendapan tersebut untuk mengelakkan orang ramai melalui kawasan tersebut.

Mereka meletakkan penghalang jalan atau road barrier serta mengepung kawasan tersebut dengan garisan kuning.

Terdahulu, proses mencari dan menyelamat rakyat India, Vijayaletchumy, 48, terpaksa dihentikan akibat hujan lebat di kawasan kejadian. Namun ia diteruskan pada Rabu dan misi itu sudah memasuki hari keenam.

Pelbagai cara sudah digerakkan untuk mengesan mangsa termasuklah menggunakan anjing pengesan dari Unit K9, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) iaitu Frankie dan Denti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram