SERAMAI 8.5 juta pemohon akan menerima pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 bermula Khamis.
Perkara itu diumumkan menerusi kenyataan Kementerian Kewangan di laman X pada Khamis dengan pemohon yang diluluskan akan menerima bayaran melalui pengkreditan akaun bank.
"Penerima sedia ada akan mula menerima pembayaran STR Fasa 3 hari ini manakala pemohon rayuan baharu akan dibayar mulai Rabu depan," ciap Kementerian Kewangan.
BACA LAGI: Penjawat awam terima RM500 'duit raya' Aidilfitri mulai Jumaat
Orang ramai boleh menyemak kelayakan STR atau merujuk sebarang pertanyaan di laman portal rasmi bantuantunai.hasil.gov.my.
Pemohon akan menerima pembayaran STR Fasa 3 bermula Khamis.
Kementerian Kewangan dalam pada masa sama turut menasihatkan penerima STR supaya berhati-hati dengan pautan palsu oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Jelasnya, kementerian tidak menghantar sebarang khidmat pesanan ringkas (SMS) atau mesej WhatsApp yang meminta maklumat peribadi pemohon.
Dalam pada itu, pembayaran untuk STR Fasa 4 akan bermula pada November 2024 dan pengumuman mengenai pembayaran akan dibuat secara berkala.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram