SEORANG wanita kini menjadi buruan polis selepas tindakannya mencuri barang kemas di Selayang, Selangor baru-baru ini menjadi tular.
Kejadian yang dilaporkan berlaku di kedai Tukang Emas Sinar Murni, Batu Caves, Selangor itu menyaksikan seorang wanita melarikan dua utas gelang tangan dari premis tersebut.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis itu menunjukkan wanita yang bercermin mata gelap itu melakukan modus operandi dengan bertanya terlebih dahulu kepada staf kedai seolah-olah ingin membeli barang kemas tersebut.
BACA LAGI: [VIDEO] Pecah cermin kereta guna batu sebab kena ‘double park’ boleh dijel 5 tahun — Peguam
BACA LAGI: [VIDEO] 'Talian aduan JPJ tak pernah berjawab', kualiti servis penjawat awam dipersoal
MENCURI DI KEDAI EMAS DI SELAYANG BARU.
Dia ambil masa bertanya dan memilih untuk menyakinkan penjual yang dia benar-benar ingin membeli.
Mohon orang ramai untuk sebarkan agar si perlaku segera ditangkap. Tengah hari semalam berlaku satu kes kecurian di kedai Tukang Emas Sinar... pic.twitter.com/edczzPqVpI
— MYNEWSHUB (@mynewshub) August 27, 2024
Namun, selepas membelek-belek barang kemas itu, dia kemudiannya terus melarikan diri bersama gelang tangan tersebut.
Menerusi rakaman tersebut, wanita tersebut kelihatan memakai baju berwarna merah jambu dan bertudung kelabu selain berseluar berwarna gelap dipercayai jenis jeans.
Sehingga sekarang, masih belum terdapat perkembangan sama ada si pelaku sudah berjaya ditangkap atau tidak.
Masih belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak polis berkenaan perkara tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram