Bekas 'orang kuat' KKM kongsi tip elak jururawat stres, hilang mood bekerja


  • 112
  • Khamis, 29 Ogos 2024

Jururawat hospital awam kerap berdepan tuduhan negatif masyarakat. — Gambar hiasan

"BUKAN semua jururawat pemalas, pemarah macam di laman sosial."

Demikian kenyataan balas bekas Penolong Pengarah Kementerian Kesihatan (KKM), Umi Kalsom Abd Rahman, 69, berhubung dakwaan petugas kesihatan awam sering berkelakuan biadab ketika bertugas.

Ia susulan kecaman netizen terhadap petugas kesihatan awam negara kebelakangan ini yang didakwa bekerja 'bagai melepaskan batuk di tangga'.

BACA LAGI: 747 pegawai perubatan akan ditempatkan di semua hospital negeri — KKM

BACA LAGI: KKM umum semakan 3 perincian SOP Covid-19 dalam masa terdekat

Tegas menafikan perkara itu, Umi menganggap ia sebagai sifat semula jadi manusia yang sememangnya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

Malah, Umi turut mendedahkan isu yang membelenggu jururawat di sektor awam dengan perkara itu sudah berlarutan sejak sekian lama tanpa penambah baikan dilakukan pihak kerajaan.

2858223 (1)

Umi Kalsom (dua dari kiri) ketika bertugas di KKM pada 2014.

"Perancangan paling penting dalam situasi sebegini, tenaga doktor pakar negara menampakkan peningkatan sejak beberapa tahun lalu tetapi tugas jururawat secara tidak langsung makin bertambah.

"Perkara ini berlaku disebabkan tiada pengkhususan diberikan kepada jururawat, maka kerja mereka bertambah banyak kerana dikerah untuk melakukan segalanya di hospital.

"Sepatutnya kita kena wujudkan perjawatan khas buat jururawat, biar mereka dikhususkan kepada doktor dan tenaga pakar tertentu supaya sistem kerja lebih teratur. Barulah kerja pun senang hati dan tak terbeban dengan tekanan melampau," katanya kepada Majoriti.

Tambahnya, perbezaan petugas kesihatan dahulu dan sekarang jauh berbeza dengan peluang pekerjaan dalam sektor itu menurutnya semakin bertambah.

Perkhidmatannya selama lebih 39 tahun bersama KKM sebelum ini dikatakan agak terdesak ekoran kekurangan pusat kesihatan.

"Sekarang kita punya hospital dan klinik swasta dah banyak, dulu ada satu masa jururawat susah nak cari kerja tapi sekarang pilihan lebih meluas.

"Beban kerja dulu boleh dikatakan sama tetapi generasi sekarang lebih baik mudah sebab mereka ada banyak pilihan untuk lompat ke klinik swasta jika berdepan tekanan melampau.

"Malah, teknik rawatan masa kini pun semakin canggih dan jauh lebih moden dari zaman saya dahulu, cuma yang menjadi cabaran besar adalah akses teknologi sekarang, warga maya selalu timbulkan isu tular tak berasas," ujarnya.

dr.-zul-e1702351889134

Dr Dzulkefly Ahmad mengambil pendekatan berhubung bebanan kerja petugas barisan hadapan di hospital.

Terdahulu, KKM pada Julai lalu telah menjalankan semakan semula terhadap beberapa amalan sedia ada seperti tugasan dalam panggilan (on-call) yang terlalu panjang sebagai langkah menangani bebanan kerja dan kelesuan lampau dalam kalangan petugas barisan hadapan di hospital.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dilaporkan berkata, KKM juga mengambil langkah lain untuk menangani cabaran sedia ada antaranya dengan mengoptimumkan taburan pesakit dengan adanya hospital kluster, mengadakan kerjasama awam-swasta bagi aktiviti penyumberluaran dan mengerah kakitangan ke jabatan yang lebih memerlukan.

Jelasnya, KKM juga berusaha memanjangkan tempoh operasi klinik kesihatan untuk mengurangkan bebanan di hospital selain mengenal pasti kesenjangan tenaga kerja melalui tinjauan bekalan dan permintaan yang sedang dibuat dengan kerjasama Bank Dunia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram