DBKL batal Sambutan Ambang Merdeka 2024 di Dataran Merdeka


  • Massa
  • Khamis, 29 Ogos 2024

Sambutan Ambang Merdeka 2024 anjuran DBKL dibatalkan pada 30 Ogos ini.

SAMBUTAN Ambang Merdeka 2024 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka pada 30 Ogos ini telah dibatalkan.

DBKL menerusi catatan di laman Facebook pada Rabu menjelaskan, pembatalan itu adalah susulan kejadian lubang benam dan beberapa insiden tanah retak yang berlaku di sekitar bandar raya Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, DBKL turut mengajak orang ramai menghayati erti Hari Kebangsaan dengan mempamerkan semangat patriotisme mereka.

BACA LAGI: DBKL kesan 14 lagi kawasan panas banjir kilat

BACA LAGI: Jalan 'bypass' Serendah-Templer tenggelam akibat banjir kilat, pengguna risau keadaan berlarutan

photo_2024-08-29_08-24-05

Kenyataan rasmi dibuat DBKL menerusi hantaran di laman Facebook pada Rabu.

Terdahulu, kejadian lubang benam di Jalan Masjid India telah mengakibatkan seorang wanita warga India, Vijayaletchumy, 48, terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter pada Jumaat lalu.

Operasi mencari dan menyelamat kini masih diteruskan dan telah memasuki hari keenam setakat Rabu.

DBKL dalam satu kenyataan pada Rabu, menjelaskan bahawa anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah memasuki saluran kumbahan di hulu dari terowong kumbahan di Wisma Yakin, Kuala Lumpur, manakala kerja-kerja penggalian secara manual dan penggalian juga turut dijalankan.

Difahamkan, pencarian Jabatan Mineral dan Geosains menggunakan radar penembusan tanah (GPR) akan diteruskan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram