Sempat berlari ke dapur sebelum rentung, lelaki maut terperangkap rumah dijilat api di Kuala Kangsar


  • 112
  • Khamis, 29 Ogos 2024

Anggota bomba berusaha memadamkan api dalam kejadian kebakaran sebuah kediaman di Jalan Kampung Baru Liman Kati, Kuala Kangsar, Perak pada awal pagi Khamis. — Ihsan bomba

SEORANG lelaki ditemukan rentung dalam insiden kebakaran rumah di Jalan Kampung Baru Liman Kati, Kuala Kangsar, Perak pada awal pagi Khamis.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Perak menerima panggilan kejadian kira-kira pukul 1.10 pagi dan Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar serta bantuan daripada BBP Lenggong telah digerakkan ke lokasi bersama dua jentera FRT, kenderaan Unit EMRS dan kenderaan utiliti Mitsubishi Triton.

Seorang lelaki berusia 36 tahun dilaporkan terperangkap di dalam rumah tersebut dan ditemui dalam keadaan rentung di ruangan dapur rumah berkenaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Wanita OKU rentung, 3 melecur dalam kebakaran di Kampung Kalansanan

BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu nyaris rentung BMW terbakar 95 peratus di Sungai Besar

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

photo_2024-08-29_09-57-21

JBPM mengesahkan seorang lelaki ditemui rentung dalam sebuah kediaman terbakar di Kuala Kangsar pada Khamis. — Ihsan bomba

JBPM menerusi kenyataannya di laman Facebook pada Khamis berkata, operasi pemadaman kebakaran yang melibatkan sejumlah 18 anggota itu telah dijalankan dengan menggunakan sumber air daripada tangki jentera dan pili bomba berhampiran sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya.

Turut hadir dalam operasi tersebut adalah, Ketua Zon 1, JBPM Perak, PgKB I Nor Rasidamayati Abd Rasid, Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran, JBPM Perak, PgKB I Wan Mohd Nazlis Wan Ismail dan beberapa pegawai kanan lain.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pukul 2.15 pagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram