[VIDEO] Pecah cermin kereta guna batu sebab kena ‘double park’ boleh dijel 5 tahun — Peguam


  • Tular
  • Rabu, 28 Ogos 2024

Tangkap layar seorang lelaki memecahkan cermin sebuah kereta di ruang parkir kediaman flat yang tular di media sosial sejak Rabu.

TINDAKAN seorang lelaki memecahkan cermin kereta di ruang parkir sebuah kediaman flat baru-baru ini hangat diperkatakan warganet.

Insiden itu dipercayai berlaku selepas kenderaannya terhalang akibat perbuatan individu yang meletakkan keretanya secara 'double park' di ruang parkir tersebut.

Gagal mengawal kemarahan, lelaki terbabit kemudiannya terus mengambil batu dan memecahkan cermin bahagian pemandu kereta berkenaan.

Tidak dihentikan sesiapa, pelaku turut memuat naik video kejadian di laman sosial dan hangat diperkatakn warganet sejak Rabu.

BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki mengamuk pecah cermin ambulans KKM di Sibu rupanya ambil 'barang' terlarang

BACA LAGI: [VIDEO] 'Dia bawak lori macam mana Man, ayah kau tu!', wanita meraung di lokasi Proton Wira terperosok bawah treler di Jasin

Dalam pada itu, seorang individu dipercayai peguam menjelaskan bahawa pelaku boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun jika disabit kesalahan.

Jelasnya menerusi hantaran di laman Facebook pada Rabu, kelakuan itu boleh dituduh di bawah Seksyen 426 Kanun Keseksaan dan berdepan risiko penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

"Perbuatan ini boleh dijadikan pengajaran kepada orang ramai kerana kita takda hak untuk ambil tindakan sendiri walau apa pun yang berlaku.

"Apa yang boleh dilakukan adalah, laporkan kepada pihak berkuasa atau tunggu pemilik kenderaan datang tanpa melibatkan apa-apa pergaduhan atau kelakuan jenayah.

"Bukan hak kita untuk ambil tindakan sendiri kerana boleh dipenjara atau didenda di mahkamah dan pemilik kenderaan perlu meninggalkan nombor telefon atau bersedia untuk mengalihkan kereta jika terdengar bunyi hon," katanya.

Namun, lokasi kejadian tidak dinyatakan dalam perkongsian video tersebut.

Belum ada sebarang kenyataan polis berhubung insiden itu setakat ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai berhampiran untuk membuat laporan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram