SEORANG pemandu nyaris rentung selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah yang dipandunya terbakar secara tiba-tiba di jalan besar Sungai Nipah, Simpang Lima, Sungai Besar, Selangor pada Ahad.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 4.02 petang.
Menurutnya, tujuh anggota bersama jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar dikejarkan ke lokasi.
BACA LAGI: Tak pulang beraya, mangsa serangan Balai Polis Ulu Tiram simpan hajat mahu rai hari lahir ibu
BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki selisih maut, kereta rentung ketika isi minyak di Kangar
Kejadian tersebut sempat dirakam orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum dimuat naik di laman Facebook pada hari yang sama.
"Berdasarkan maklumat awal, mangsa berusia 46 tahun yang memandu BMW X5 menyedari asap keluar dari bahagian 'dashboard' sebelum bertindak memberhentikan kenderaannya di tepi jalan.
"Dalam pada itu, kereta tersebut tiba-tiba terbakar. Pemandu berkenaan bagaimanapun berjaya menyelamatkan dirinya dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya memetik laporan Harian Metro pada Ahad.
Pihak bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memadamkan kebakaran. — JBPM
Ahmad Mukhlis memaklumkan, pihaknya mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memadamkan kebakaran.
"Kereta tersebut dianggarkan musnah 95 peratus," jelasnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram