DBKL kesan 14 lagi kawasan panas banjir kilat


  • Primer
  • Jumaat, 23 Ogos 2024

DBKL mengesan 14 lokasi baharu yang terdedah dengan banjir kilat.

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesan 14 lagi kawasan panas untuk mengalami banjir kilat.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, sebelum ini DBKL sudah mengesan 25 lokasi panas bagi bencana tersebut.

Kini terdapat 14 lagi kawasan lain seperti Jalan Syed Putra, Jalan Peel, Jalan Dutamas, Jalan Pahang, Jalan Maharajalela, Jalan Raja Chulan, Jalan Genting Kelang, Lorong Titiwangsa 11, Jalan Pahang Barat, dan Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

BACA LAGI: [VIDEO] Lereng bukit runtuh, kereta tenggelam akibat banjir kilat di Kuala Lumpur

BACA LAGI: Jalan 'bypass' Serendah-Templer tenggelam akibat banjir kilat, pengguna risau keadaan berlarutan

Walaupun terdapat pertambahan kawasan panas bagi banjir kilat, tetapi Maimunah yakin pihaknya mampu mengawal situasi tersebut dengan mengurangkan dari bencana itu.

"Semalam (Khamis), terdapat satu daripada 25 kawasan panas itu mengalami banjir. Ini bermakna, DBKL setakat ini sudah melakukan dengan baik dalam usaha menghalang dan mengurangkan risiko banjir.

"Kawasan yang dilanda banjir dan tanah runtuh yang belum ada projek tebatan kini berpotensi menjadi kawasan panas baharu. Kami sedang mengkaji langkah-langkah segera terbaik yang boleh diambil untuk mengatasinya," kata Maimunah.

455799332_1050728833282472_8086351235672105746_n

Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif. — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Setakat ini, terdapat tujuh kawasan sudah dilanda banjir kilat di Kuala Lumpur.

Tujuh kawasan tersebut adalah Pintasan Segambut, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Pahang, Jalan Genting-Klang, Jalan Dutamas, Jalan Kepong, dan Jalan Kuching.

Maimunah mengatakan perubahan iklim menjadi cabaran utama DBKL dalam mengatasi situasi ini.

Hal ini kerana, lazimnya pada Ogos tidak berlakunya musim hujan tetapi selepas berlakunya perubahan iklim, ia terjadi.

"Perubahan iklim adalah cabaran utama dalam menyelesaikan masalah ini. Sebelum ini, bulan Ogos bukanlah musim hujan, tetapi semuanya sudah berubah," ujarnya.

Maimunah berkata DBKL kini giat menjalankan kerjasama dengan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) untuk memastikan sungai-sungai yang terdedah dengan banjir diberikan tumpuan sepatutnya dan boleh menampung air tambahan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram