[VIDEO] 'Talian aduan JPJ tak pernah berjawab', kualiti servis penjawat awam dipersoal


  • Tular
  • Rabu, 28 Ogos 2024

Tangkap layar seorang wanita mendakwa kakitangan penjawat awam negara tidak efisien dalam menjalankan tugas.

SEORANG wanita meluahkan kekecewaannya terhadap kualiti servis kakitangan kerajaan yang didakwa tidak cekap dan kurang efisien dalam menjalankan tugas.

Jelasnya, talian aduan di agensi kerajaan sangat sukar dicapai atas beberapa faktor yang menurutnya, tidak seharusnya berlaku.

Berkongsi pengalamannya, seorang wanita mendedahkan talian di salah satu cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negara, gagal dihubungi selepas hampir dua minggu panggilannya tidak berjawab.

BACA LAGI: Berbeza dengan gaji minimum, ini 4 fakta perlu diketahui mengenai Dasar Gaji Progresif

BACA LAGI: 'Suka-suka cuti sakit, curi tulang', segelintir staf kerajaan dikritik abai tanggungjawab hakiki di pejabat

"Saya telefon JPJ dah berhari-hari masuk dua minggu semua talian diberi tidak berjawab, saya dah emel pun tidak berbalas.

"Saya terpaksa pergi ke JPJ Putrajaya untuk bertanya satu dua soalan berkaitan urusan peribadi, sedangkan ia sebenarnya boleh diselesaikan melalui panggilan telefon sahaja.

"Adakah talian disediakan hanya untuk begitu sahaja, saya telefon tidak pernah berjawab sampai saya dah jadi 'hot' sebab tak pernah berjawab.

"Saya mohon mana-mana agensi kerajaan untuk tingkatkan prestasi kerja sebab kami telefon ada hal penting tapi apa penjawat awam buat, sampai bila nak ubah sikap macam ini," katanya menerusi hantaran di laman X pada Rabu.

Tidak memukul rata semua penjawat awam dengan tuduhan sedemikian, individu terbabit berharap agar ada perubahan dipamerkan petugas penjawat awam khususnya di jabatan JPJ.

Rakaman video berdurasi 2 minit 24 saat itu tular di laman sosial dan meraih lebih seribu perkongsian sejak Rabu.

Namun, masih belum ada sebarang kenyataan balas dari JPJ berhubung hal itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram