KAWASAN di Hulu Selangor berdepan situasi dinaiki air selepas hujan lebat melanda.
Dalam sebuah rakaman yang tular di Facebook, terdapat video menunjukkan banjir kita melanda pintasan menuju Serendah dari arah Templer, Selangor.
Menurut laman MyHuluSelangor di Facebook, pengguna jalan raya yang melalui laluan tersebut dinasihatkan untuk menyalakan lampu kenderaan bagi membantu pemanduan.
Setakat ini, masih tiada sebarang info lanjut mengenai situasi tersebut dengan orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati apabila melalui jalan tersebut.
Kejadian itu dipercayai berlaku pada Selasa memandangkan pada hari tersebut seluruh Selangor dilanda hujan lebat.
Namun begitu, warganet mengatakan situasi tersebut bukanlah pertama kali berlaku dengan air yang datang adalah dari jambatan pintasan tersebut.
"Air turun daripada jambatan pintasan ni, tempoh hari nyaris sekali terperangkap dalam turunan air ni," kata warganet bernama Dzulkhairy Rosli.
"Aduhai, dua minggu lepas bumper kereta tercabut sebabkan air banjir ni," komen Zuraina Arshad pula.
"Hari Selasa Serendah banjir, hari Rabu dekat pintasan pula. Kawasan Hulu Selangor ni sekarang tengah hujan lebat," ujar Norazlinawati Inaa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram