'Rasa macam adiwira', jurukimpal tubuh Pasukan Bomba Sukarela jamin keselamatan penduduk Rawang


  • 112
  • Rabu, 28 Ogos 2024

Pasukan Bomba Sukarela Bandar Tasik Puteri bergiat aktif membantu masyarakat dalam kecemasan.

"SAYA rasa macam adiwira bila sarung uniform bomba."

Demikian luahan seorang jurukimpal yang dalam pada masa sama berkhidmat sebagai Pasukan Bomba Sukarela di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.

Jelas Wan Mohd Eunus, 46, pasukan itu mula ditubuhkan sejak 2018 dan semakin meraih perhatian ramai selepas bergiat aktif pada 2022.

BACA LAGI: [VIDEO] Bomba terpaksa potong pembahagi jalan, lelaki maut tersepit motor terbabas

BACA LAGI: [VIDEO] Bomba guna 'high line technique' selamatkan remaja, kanak-kanak terperangkap atas batu sungai di Nilai

Menganggap ia sebagai satu kerja amal dan khidmat masyarakat, Wan berkata, idea penubuhan pasukan itu timbul tanpa dirancang.

"Saya tak rancang untuk serius dalam pasukan sukarela ini, tapi segalanya bermula selepas zaman Covid-19.

"Sejak itu, saya sendiri yang mengadakan lawatan ke balai bomba, tanya prosedur dan syarat untuk menubuhkan sukarela bomba di kawasan perumahan sampai la kami diterima penduduk di sini.

"Walaupun tidak berbayar, tetapi semua kerja bomba kami boleh buat sebab ahli kami diberikan latihan di balai bomba, sebulan empat kali perlu hadir ke kelas disediakan," katanya kepada Majoriti.

6228822157371229153

Pasukan Bomba Sukarela Bandar Tasik Puteri ketika menjalani latihan bersama JBPM Selangor.

Dalam pada itu, ketika disoal berhubung cabaran sepanjang bergelar sukarela bomba, Wan menjelaskan keperluan dan kelengkapan membataskan usaha menyelamat dilakukan.

"Kami ada terima dana sebanyak RM3,000 setahun dari JBPM, tetapi ia tidak memadai untuk membeli kelengkapan yang lengkap.

"Tetapi atas segala rekod baik dan cemerlang seperti kes ular, kebakaran dan letupan gas, pihak Jabatan Penyelamat dan Bomba (JBPM) Selangor mula buka mata dan beri perhatian pada kami.

"JBPM Selangor antara yang banyak berikan bantuan dan ilmu kepada ahli kami, di samping sokongan serta kepercayaan penduduk di sekitar Rawang.

Tambahnya, pasukannya turut kerap menerima panggilan kecemasan dari luar kawasan Rawang yang menurutnya sangat mengejutkan kerana dipercayai ramai.

Tidak menolak untuk menggangotai pasukan bomba satu hari nanti, Wan yang bekerja sebagai jurukimpal berharap agar usahanya dihargai masyarakat dan disokong ramai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram