KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) akan menempatkan pegawai perubatan yang menamatkan latihan siswazah masing-masing ke semua negeri.
Keputusan itu dibuat selepas peningkatan peratusan kekosongan jawatan pegawai perubatan, kata kementerian itu dalam satu kenyataan pada Rabu (22 Mei).
"Tawaran penempatan telah dilaksanakan mulai 13 Mei melibatkan 792 calon," katanya dalam kenyataan.
BACA LAGI: Subsidi diesel bersasar bermula di Semenanjung, PM Anwar beri 'list awal' senarai kenderaan manfaat
Awal tahun ini, KKM berkata, penempatan hanya dibuka kepada hospital negeri berikutan penurunan jumlah kekosongan jawatan pegawai perubatan.
"Sehingga April, kementerian (menjalankan) dua penempatan baharu membabitkan 701 pegawai pada pengambilan pertama dan 701 penempatan kedua," ujarnya.
KKM berkata, penempatan baharu adalah berdasarkan jumlah calon yang diterima daripada Jabatan Perkhidmatan Awam.
"KKM memahami cabaran yang dihadapi pegawai kesihatan di seluruh negara berikutan peningkatan beban kerja.
"Beberapa penyelesaian jangka pendek dan panjang akan dilaksanakan bagi mengatasi isu itu.
"Dengan itu, 747 pegawai perubatan yang menamatkan pengajian pada Mei akan ditempatkan di semua hospital negeri bagi menambah kekurangan pegawai perubatan," jelasnya. — The Star/R. SEKARAN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram