SEORANG remaja berusia 16 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes cubaan merogol isteri kepada seorang pegawai polis di Indonesia baru-baru ini.
Tindakan itu dibuat suspek yang dipercayai dalam keadaan mabuk selepas remaja tersebut mengadakan pesta arak bersama tiga rakan sekerjanya.
“Kami menahan suspek tidak lama selepas kejadian kerana ketika itu dia tidak berada jauh dari balai,” kata pegawai polis di derah Nunukan, Taufik Nurmandia.
Kejadian tersebut berlaku di rumah mangsa di Jalan Manunggal, Desa Nunukan Timur, Nunukan, Kalimantan Utara, Indonesia sekitar pukul 12.50 tengah malam, Selasa.
Kejadian bermula apabila mangsa dipercayai menegur suspek dan rakan-rakannya kerana memasang lagu dengan nada yang agak kuat.
Katanya, selepas ditegur, mereka semua bergerak sekitar 15 meter jauh dari rumah mangsa.
"Tidak lama kemudian, suspek dan rakannya kembali memasang muzik dengan lebih kuat berbanding sebelumnya.
"Mangsa kemudian meminta anaknya memberi amaran kepada mereka supaya mematikan muzik tersebut.
"Dalam masa sama, mangsa turut meminta kakak iparnya keluar membeli makanan. Tidak lama kemudian, mangsa yang berada di dalam biliknya terdengar bunyi pintu dibuka dari rumah.
"Dia menyangka kakak iparnya yang pulang selepas membeli makanan, namun sebenarnya suspek yang telah masuk ke dalam rumahnya ketika itu," katanya.
Menurut Taufik, suspek yang berada di bawah pengaruh alkohol pergi ke bilik mangsa yang tidak berkunci dan terus naik ke atas katil.
Ketika itu, wanita tersebut sedang baring sambil memeluk anaknya dengan menghadap dinding.
“Remaja itu segera memeluk mangsa dari belakang dan cuba membuka pakaiannya,” kata Taufik.
Mangsa yang terkejut segera bangun dan bertindak melawan suspek. Dia kemudian menghubungi suaminya yang berkhidmat di Polis Sebatik Barat.
Difahamkan suspek kini sudah ditahan dan sedang disoal siasat.
“Kami masih menjalankan siasatan kerana suspek yang didakwa masih berada di bawah umur,” kata Riyanto ringkas. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram