[VIDEO] Perompak sempat tenung CCTV sebelum 'rembat' gelang emas pusaka di Taman Melati


  • Tular
  • Isnin, 26 Ogos 2024

Tangkap layar memaparkan suspek dilihat beberapa kali memandang ke arah CCTV sebelum masuk ke dalam rumah di Taman Melati pada Sabtu lepas.

SEORANG wanita kehilangan gelang emas pusaka pemberian arwah suami selepas rumahnya dimasuki pencuri pada Sabtu lalu.

Kejadian kira-kira pukul 4.40 pagi itu sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) kediaman yang terletak di sebuah kawasan perumahan dekat Taman Melati, Kuala Lumpur.

Rakaman video tersebut turut dikongsikan menerusi ciapan di laman X (Twitter) pada Isnin, oleh pengendali akaun dengan nama @Mhdnjmii, yang juga dipercayai anak saudara mangsa.

BACA LAGI: [VIDEO] Perompak sempat sapa 'aunty' sebelum samun tiga beranak di Mentakab

BACA LAGI: [VIDEO] Macam 'WWE', pencuri motosikal tergamam kena hempuk 'owner' di Sabah

Difahamkan, selain gelang emas, ibu saudaranya juga kehilangan wang ringgit berjumlah RM100 dan ubat-ubatan.

"Hati-hati ya, kawasan Taman Melati ada pencuri p****t masuk rumah orang," ciapnya.

Klip berdurasi seminit 48 saat itu menunjukkan suspek, seorang lelaki memakai jaket hoodie dan berseluar pendek sempat menghisap sebatang rokok sambil memerhatikan keadaan sekeliling.

Lelaki yang dipercayai bersendirian itu juga dilihat beberapa kali memandang ke arah CCTV rumah berkenaan sebelum memutuskan untuk masuk ke dalam.

Rakaman kedua pula menunjukkan suspek berlari keluar dari rumah mangsa dalam keadaan tergesa-gesa.

Bagaimanapun, setakat berita ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram