USAI menjuarai Piala FA, penyerang sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman melawat bekas rakan sepasukannya, Faisal Halim di kediamannya pada Selasa.
Pernah bergandingan bersama dalam skuad Harimau Malaya, hubungan duo sensasi itu masih baik walaupun hanya sekadar kawan di luar padang.
"Terima kasih Messi datang melawat dan bagi semangat," kata Faisal menerusi hantaran di laman Instagram.
BACA LAGI: Piala FA: Nidzam Jamil, Safuwan setuju Selangor underdog berbanding JDT
BACA LAGI: Piala FA: Isu kalimah ALLAH di bola JDT-Selangor selesai, ganti dengan nama finalis
Hantaran dimuat naik di laman instagram Faisal Halim.
Persahabatan kedua-dua pemain itu meraih pujian warganet yang menganggap ia satu sifat terpuji dipamerkan bintang JDT itu.
"Terima kasih Arif Aiman, memang ini semangat kesukanan yang kita mahukan, semoga jadi ikutan semua pemain-pemain lain," kata Farid ZR.
"Terbaik persahabatan mereka berdua, semoga satu hari nanti Faisal Halim dapat beraksi semula atas padang," ujar Ella Tok Pin.
"Sebenarnya antara pemain tak pernah ermusuhan di luar padang, bila habis perlawanan mereka berpelukan, penyokong je yang timbulkan isu," tambah Yassin.
Terdahulu, JDT berjaya mengekalkan kejuaraan hatrik Piala FA selepas menewaskan Selangor FC dengan keputusan 6-1 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur Sabtu lalu.
Arif Aiman turut mencatat nama selaku penjaring menerusi tandukan cantik menewaskan penjaga gol Gergasi Merah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram