[VIDEO] Bomba terpaksa potong pembahagi jalan, lelaki maut tersepit motor terbabas


  • Tular
  • Rabu, 10 Apr 2024

Mangsa yang tersepit di pembahagi jalan di terbabas hadapan Kem Batu 3, Jalan Mersing ke Keluang, Johor pada Rabu. — Facebook

SEORANG lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan di hadapan Kem Batu 3, Jalan Mersing ke Keluang, Johor pada Rabu.

Mangsa yang juga menunggang motosikal itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum tersepit di pembahagi jalan.

Menerusi video dikongsikan di media sosial, kelihatan pihak bomba terpaksa memotong pembahagi besi itu untuk mengeluarkan mangsa.

BACA LAGI: Polis pun jadi mangsa, geng 'sunat laser' dikecam main bunga api macam benak ubi

photo_6102779066395507952_y

Keadaan mangsa yang berlumuran darah ketika kejadian. — Facebook

BACA LAGI: Raya tanpa air, penduduk Johor dan Pahang mengadu masalah tiada penghujung

Mangsa juga dilihat dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah.

Pada masa sama, tiada mangsa lain dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram