Dua polis unit pemusnah bom parah, tertimbus tanah runtuh di Kluang


  • 112
  • Selasa, 27 Ogos 2024

Kedua-dua anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor itu kini dimasukkan ke ICU Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang untuk rawatan kecemasan.

DUA anggota polis daripada Unit Pemusnah Bom dilaporkan cedera parah selepas tertimbus ketika menjalankan tugas pemusnahan bom di tapak pembinaan perumahan Jalan Tabah, Taman Sri Lambak, Kluang, Johor kira-kira pukul 3 petang Selasa.

Menurut laporan Buletin TV3, kedua-dua anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor itu kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang untuk rawatan kecemasan.

Mangsa yang terbabit dalam kejadian itu dikenal pasti sebagai Koperal Abd Halim Zainal dan Koperal Muhammad Faruuqi Shamsary.

BACA LAGI: Bangunan Motac terima ancaman bom, kakitangan diarah kosongkan bangunan

BACA LAGI: [VIDEO] Misteri kereta tersadai tepi semak di Pontian, rupanya ada mayat di kerusi tempat duduk

Difahamkan, ketika kerja menggali lubang untuk bom berkenaan dimusnahkan, dinding lubang berkenaan tiba-tiba runtuh dan menyebabkan dua anggota polis itu tertimbus.

Ketua Polis Johor, Pesuruhjaya M Kumar mengesahkan berlaku kejadian tanah runtuh terbabit tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.

"Saya belum mempunyai butiran lanjut mengenai tahap kecederaan, tetapi saya boleh mengesahkan anggota polis yang terbabit dalam kejadian itu dikejarkan ke hospital," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram